BERITA

Perodua Kongsi Masalah Sebenar Pelanggan Lambat Dapat Kereta Baharu

 

PERODUA mengakui pihaknya masih dibelenggu beberapa isu yang menyebabkan gangguan pengeluaran hingga pelanggan terpaksa menunggu lama menerima kenderaan masing-masing.

 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang berkata, faktor itu membabitkan tenaga kerja mahir dan kekurangan alat ganti.

 

Beliau juga memohon pelanggan dapat memahami situasi tersebut. Menurutnya;

 

Kami ingin memohon maaf kerana para pelanggan kami terpaksa menunggu lama menerima kenderaan mereka dan kami sedang melakukan sebaiknya untuk meningkatkan lagi pengeluaran.”

 

Sebagai langkah mengatasi masalahan itu, Zainal Abidin berkata Perodua kini sedang bekerjasama dengan kumpulan pembekal dalam kes tertentu, dan turut menyediakan kakitangan untuk bekerja di premis pembekal supaya bekalan alat ganti terus diperoleh berterusan.

 

Beliau berkata lagi;

 

Kami berharap isu tenaga kerja ini dapat diselesaikan segera kerana impak terhadap industri dan negara secara amnya.”

 

Perodua masih mengadakan komunikasi berterusan dengan pihak pembekal dan rakan kongsi untuk mencari komponen alternatif. Walaupun terpalit dua isu itu, Perodua masih mengekalkan sasaran jualan keseluruhan tahun ini iaitu 247,800 unit kenderaan.

 

Sumber: pandulaju

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button