PERMOHONAN RAKYAT

Pihak KWSP Umum Cara Semak Akaun Bank Anda Untuk Menerima Wang Sehingga RM10,000 pada 20 April Ini

 

Pihak KWSP mengumumkan bahawa permohonan untuk pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.

 

Untuk menyemak kelulusan pula, semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

 

Jika anda sudah semak kelulusan, anda perlu memastikan akaun bank anda memenuhi beberapa syarat agar wang itu berjaya dikreditkan seperti yang anda kehendaki.

 

Berikut syarat-syarat akaun bank yang diterima untuk pengkreditan

Seperti yang dinyatakan pihak KWSP sebelum ini, pembayaran akan dilakukan dalam satu bayaran sahaja. Dan ia akan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. Akaun bank itu mestilah:

·        masih aktif

·        di bawah nama ahli sendiri

 

Berikut syarat-syarat akaun bank yang tak diterima untuk pengkreditan

Terdapat beberapa jenis akaun bank yang tidak dibenarkan untuk pengkreditan. Akaun bank tersebut adalah:

·        Akaun bersama atau

·        yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas boleh diperoleh dengan menggunakan kemudahan ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di talian 03-8922 4848.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button