BERITA

Polis Escort TMJ Dapat Tabik Hormat, Dahulukan Ambulans… Netizen Puji, Patut Jadi Contoh Utamakan Nyawa

 

KEPIMPINAN menerusi teladan…menjunjung kasih Tunku.

 

Demikian antara komen netizen yang memuji keprihatinan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku lsmail Sultan Ibrahim apabila bertindak mengutamakan nyawa individu lain dalam situasi kecemasan.

 

Terdahulu, satu klip video berdurasi 20 saat memaparkan polis pengiring kepada Tunku Ismail segera memberi laluan kepada sebuah ambulans yang kebetulan melalui jalan yang sama dengan konvoi baginda.

 

Polis pengiring dikenali sebagai Koperal Mohamad Saifulliman yang ketika itu bertugas sebagai escort TMJ, bertindak memastikan laluan lancar agar ambulans tersebut dapat bergerak tanpa halangan.

 

Klip tersebut dikongsikan di laman Facebook Friends of PDRM di mana sehingga kini meraih hampir 80,000 jumlah tontonan, ratusan komen dan shares.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Tunku Ismail sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan pendekatannya wajar diteladani pemimpin lain.

 

“TMJ saja satu-satunya hamba Allah yang ada perikemanusiaan. Tahniah escort TMJ.

 

TMJ sebelum ini dipuji kerana lantang bersuara berhubung kes penderaan Bella.

 

“Ini macam baru betul, tak lain tak bukan mesti TMJ titah suruh berikan laluan untuk ambulans… kecemasan.

 

“Ini baru betul… nyawa nombor satu. Contoh tauladan yang baik,” demikian antara komen netizen.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button