PERMOHONAN RAKYAT

PROGRAM JARINGAN PRIHATIN ~ subsidi pembelian telefon sebanyak rm300 kepada golongan b40

 

Semasa Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan Program Jaringan Prihatin bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat akses kepada internet, merapatkan jurang digital golongan B40 dan menyokong agenda pendigitalan negara.

 

Melalui Belanjawan 2021 juga, kerajaan mengumumkan subsidi pembelian telefon sebanyak RM180 kepada semua penerima BPR.

 

Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pengumuman khas PEMERKASA hari ini telah mengumumkan subsidi pembelian telefon pintar atau peranti baru telah ditambahbaik kepada RM300, khusus untuk isi rumah yang mempunyai anak bersekolah.

 

Bagi program ini, peruntukan telah ditingkatkan kepada RM2 bilion. Sementara itu, ia dijangka akan dilancarkan pada awal Mei 2021.

Related Articles

4 Comments

  1. Syorkan kerajaan berhentikan internet percuma untuk maxis. Rugi kerajaan bayar maxis sbb internet percuma maxis sangatlah lembab mengalahkan siput babi. Buka google pun nak menunggu lama. Worst for wasting time to wait load n not efficient to use by student.

  2. Ada Anak yg bersekolah di Maahad Tahfiz bukan dibawah Kerajaan penuh negeri Melaka, try mohon utk hp tapi tak dapat. Adakah pemberian ini khusus bg yg bersekolah kerajaan penuh sahaja? Sedangkan anak2 yg belajar di Pusat2 Tahfiz pun ada belajar online. Sedangkn keluarga x mampu nak belikan hp utk mereka. Boleh kah pihak tertentu menambah lagi pemberian hp atau laptop agar smua golongan B40 tak terlepas pandang… MOHON pencerahan. Terima kasih

    Mop

  3. Saya sangat memerlukan bantuan jaringan prihatin ini…tapi kenapa susah sangat nk daftar…dari semalam sampai hari ni…celcom mcm tak bagi respon …tiba2 reject saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button