PERMOHONAN RAKYAT

Projek “Zero Hunger” Siri #2 – Bantuan Ikhlas dan Permohonan Makanan

PROJEK “ZERO HUNGER” UNTUK KELUARGA B40 – SIRI #2

Ayuh bantu pihak kami untuk menjayakan projek ini untuk memberikan keperluan asas kepada pihak yang terkesan akibat daripada wabak Covid-19. Antaranya:
  1. Pekerja yang diberhentikan
  2. Pekerja yang diberi cuti tanpa gaji
  3. Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM3500
  4. Tidak dapat berniaga akibat dari perintah kawalan pergerakan.

Bantuan yang bakal diberikan oleh pihak kami adalah:
  1. Bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM 60 di semenanjung Malaysia.
  2. Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung

Ayuh kita berganding bahu dan membantu mereka yang terjejas!
PERMOHONAN BANTUAN MAKANAN B40
Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Jika ANDA memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit, sila mohon dengan segera.
Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan.
Sehubungan itu, kami akan menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.
Kami juga akan memberi Nasi Bungkus siap masak untuk mereka yang tidak mempunyai makanan langsung.
Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.
Syarat-Syarat Pemohon:
Pendapatan Isi Rumah
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi
Tanggungan Isi Rumah
Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi
Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji
Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19
Hilang Punca Pendapatan Keluarga
Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan
Peniaga Pasar Malam
Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan
Ibu Tunggal
Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

CARA UNTUK PERMOHONAN


Permohonan ini hanyalah untuk orang yang berada di Semenanjung Malaysia sahaja. Untuk membuat permohonan pastikan anda membaca semua syarat-syarat yang telah ditetapkan. Untuk membuat permohonan klik pautan berwarna biru

https://sadaqahmarket.com/borang-permohonan-bantuan-bekalan-makanan-untuk-b40/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button