BERITA

Raja Bola Sepak Malaysia Johor Darul Ta’zim (JDT) tumbang ditangan Kuala Lumpur City (KL City)

 

KL City FC berjaya cipta sejarah apabila berjaya menewaskan pasukan gergasi bola sepak tempatan iaitu JDT untuk merangkul gelaran juara Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

 

Perlawanan tersebut bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat berusaha untuk cuba menembusi gawang masing-masing.

 

Walaupun demikian, kedua-duanya terpaksa akur terikat dengan tiada sebarang jaringan yang berjaya dihasilkan pada separuh masa pertama.

 

Namun selepas separuh masa kedua, pasukan KL City FC dilihat mula beraksi garang dengan menekan pertahanan pasukan JDT sehingga akhirnya berjaya menjaringkan dua gol menerusi Zhafri Yahya (66) dan Paulo Josue (74).

 

Jaringan dua gol tersebut telah membuatkan pasukan JDT terpaksa berputih mata untuk merangkul gelaran juara.

 

Lebih manis, kejayaan itu dikecapi selepas 32 tahun menanti trofi tersebut selepas klai terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij berkenaan pada tahun 1989.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button