BERITA

Rakyat Gembira! Jadual Pembayaran BKM 2022 – Isi Rumah & Bujang

 

Jadual Pembayaran BKM 2022 telah pun dikeluarkan oleh kerajaan. Di mana ianya terbahagi kepada 4 fasa pada bulan yang berbeza iaitu bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022.

 

Berikut adalah info ringkas mengenai jadual dan tarikh rasmi pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia.

 

Jadual Pembayaran BKM 2022

Pembayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia ini terbahagi kepada 4 fasa pembayaran. Berikut adalah maklumat & jadual :

 

Fasa 1

Bulan Mac 2022

•> Isi Rumah

•> Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

•> Bujang

 

Fasa 2

Bulan Jun 2022

•> Isi Rumah

•> Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

 

Fasa 3

Bulan September 2022

•> Isi Rumah

•> Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

•> Bujang

 

Fasa 4

Bulan Disember 2022

•> Isi Rumah

•> Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

 

 

Jadual Bayaran BKM Bujang

 

Seperti yang anda boleh lihat jadual di atas, untuk BKM bujang, pembayaran hanya akan dilakukan sebanyak 2 kali sahaja.

 

Iaitu pada Fasa 1 (Mac) & Fasa 3 (September) sahaja.

 

Jumlah pembayaran untuk Bantuan Bujang yang berpendapatan bawah RM2,500 adalah sebanyak RM350.

 

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM ini akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima masing-masing.

 

Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank pula, pembayaran boleh dilakukan secara tuntutan tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

 

Anda digalakkan untuk daftar BSN secara online. Senang nanti tak perlu nak beratur untuk buat tuntutan tunai, duit akan terus masuk ke dalam akaun bank anda.

 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Soalan Lazim BKM di sini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button