PERMOHONAN RAKYAT

Ramai Tak Tahu, Ini Cara Nak Mohon Tuntutan MySalam Jika Dijangkiti Covid-19

Kerajaan telah menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

 

MySalam ini merupakan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

 

Namun, ramai yang masih tidak tahu MySalam ini turut menyediakan tuntutan jika penerima mendapat jangkitan Covid-19. Mungkin ada di antara kita yang masih belum membuat tuntutan selepas dijangkiti virus Covid-19 pada 2022.

 

Jadi, SK akan kongsikan pada anda semua cara mohon tuntutan daripada MySalam untuk penerima yang dijangkiti setakat tarikh kuarantin 30 April 2022.

 

Ini cara nak mohon tuntutan MySalam

1. Log masuk MySalam, klik pada ‘Tuntutan’

 

2. Kemudian, klik pada ‘penyerahan tuntutan’

 

3. Selepas itu, anda perlu klik pada ‘tuntutan hospitalisasi’

 

4. Kemudian, satu paparan borang akan keluar. Anda perlu mengisi borang maklumat tersebut dengan terperinci dan tepat.

 

Untuk pesakit yang menjalan isolasi di rumah, klik pada ‘Nama hospital’ dan cari perkataan ‘Non Panel Hospital’.

 

5. Masukkan gambar kad pengenalan depan dan belakang serta dokumen ringkasan berkaitan positif Covid-19. Klik hantar.

 

Pada bahagian bawahnya pula, anda perlu memuat naik dokumen-dokumen berkaitan status Covid anda seperti tangkap layar perintah isolasi di MySJ.

 

Untuk pengetahuan anda, tuntutan dan dokumen-dokumen berkenaan perlulah dimuat naik dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda menerima notifikasi SMS.

 

6. Selepas selesai, anda akan mendapat maklum balas sama ada tuntutan anda berjaya ataupun sebaliknya.

 

Untuk keterangan lajut, anda boleh menonton video cara-cara memohon yang dikongsikan oleh pengguna TikTok di bawah ini.

 

@iloveyou.imissyouu Part 2😘. Sorry korangg🙏🏻#mysalam ♬ Ballet song like “Waltz of flowers” _ 5 minutes(965273) – yulu-ism project


Berapa lama tempoh tuntutan diproses?

Untuk pengetahuan anda, anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan hospitalisasi (Covid-19) dan Penyakit Kritikal adalah selama 10 hari bekerja setelah dokumen tuntutan lengkap yang dihantar diterima.

 

Tetapi jika dokumen yang dihantar tidak lengkap, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

 

Bagi yang individu yang ingin mengetahui status kelayakan MySalam, boleh klik Di SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button