PERMOHONAN RAKYAT

RASMI : Permohonan i-Sejahtera RM200 Untuk B40

 

I-Sejahtera adalah sistem yang dibangun untuk menyaluran pengurusan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang. Orang awam, Pusat Khidmat (KADUN) and Parlimen, Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) menggunakan sistem ini untuk urusan yang melibatkan Selain itu, sistem ini juga akan digunakan untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.

 

Semakan Status Permohonan i-Sejahtera

 

Semakan pendaftaran status boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing.

 

Bantuan i-Sejahtera

 

Bantuan iSejahtera yang dimohon untuk tahun 2022 adalah seperti berikut:

 

·        Program Warga Emas

·        Program Bantuan Ibu Tunggal

·        Program Kemiskinan AES

·        Program Bantuan OKU

·        Program Anak Emas

·        Program Ibu Emas

 

Jumlah Bantuan i-Sejahtera

 

Berikut merupakan jumlah bantuan yang diterima oleh setiap pemohon yang layak:

 

·        Program Bantuan OKU: RM150

·        Program penghargaan Warga Emas: RM150

·        Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100

·        Program Ibu Emas: RM100

 

Bayaran Sekali Secara One-Off:

 

·        Khairat Kematian: RM1,000

·        Program Anak Emas: RM200

 

Cara Membuat Pendaftaran i-Sejahtera

 

Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian dan secara manual. Berikut adalah cara untuk membuat pendaftaran:

 

·        Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/

·        Pendaftaran secara manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat Masyarakat Penyayang, paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut

 

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

 

Berikut dikongsikan senarai dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuat pendaftaran:

 

1.      Salinan semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)

2.      Salinan kad pengenalan pemohon

3.      Salinan kad pengenalan / sijil kelahiran salah seorang anak

4.      Salinan kad pengenalan waris / penerima khairat

5.      Salinan sijil kematian suami / dokumen penceraian / dokumen yang berkaitan

6.      Salinan muka depan buku bank / penyata bank / cetakan pengesahan akaun / penyata perbankan atas talian yang jelas memaparkan nama dan nombor akaun pemohon

 

Maklumat Lanjut i-Sejahtera

 

Bolehlah rujuk laman web rasmi iSejahtera https://isejahtera.penang.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button