PERMOHONAN RAKYAT

[RASMI] Semak Kelayakan dan Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

 

PENGENALAN

Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?

  • BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

 

 

 

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut

 

ISI RUMAH

  • Kahwin; atau
  • lbu atau Bapa Tunggal/ Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

WARGA EMAS BUJANG/ TIADA PASANGAN

  • Bujang atau lbu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

 

BUJANG

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/ Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

 

 

 

 

ADAKAH SAYA PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

  • Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam system BKM untuk diverifikasi kelayakan.
  • permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDN manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

 

 

Bilakah tempoh pengemaskinian maklumat permohonan baharu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka?

  • Tempoh pengemaskinian maklumat permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

 

 

PEMBAYARAN

BERAPAKAH JUMLAH BAYARAN ASAS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) YANG AKAN DITERIMA?

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

 

 

 

 

SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)?

Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

 

  •  Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (BT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Rujuk disini – https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button