PERMOHONAN RAKYAT

[RASMI] Semak Program Prihatin Kasih | Pengagihan Bantuan RM300 Barangan Dapur Mengikut Negeri

 

Sekiranya anda memerlukan bantuan membeli barang dapur atau susu anak, anda boleh memohon bantuan di bawah Program PRIHATIN Kasih. Ini mungkin merupakan satu berita baik untuk anda memandangkan dalam keadaan harga barang keperluan yang dikatakan naik secara mengejut sekarang, pasti ramai yang berasa agak tertekan untuk menyediakan keperluan harian bagi keluarga dan insan-insan yang berada di bawah tanggungan anda.

 

Sila rujuk gamabr di bawah untuk pelaksanaan setiap negeri bagi bantuan prihatin kasih ini.

 

Anda boleh layari laman web www.infomalaysiakini.com untuk mengetahui bantuan-bantuan lain yang diwujudkan oleh pihak kerajaan disamping berita-berita semasa Malaysia.

 

 

 

 

PROGRAM PRIHATIN KASIH: RM100 SEBULAN SELAMA 3 BULAN

Program PRIHATIN Kasih merupakan inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan Yayasan Hasanah.

 

 

CARA PEMBAYARAN BANTUAN PROGRAM PRIHATIN KASIH

Bantuan daripada program ini disalurkan kepada golongan isi rumah miskin bandar dengan kaedah pembayaran tanpa tunai menerusi MyKad.

 

 

 

Kesemua penerima bantuan yang layak akan menerima RM100 sebulan selama 3 bulan yang akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun MyKad dimana ia boleh digunakan bagi tujuan membeli barang keperluan seperti makanan tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan lain-lain lagi.

 

Kesemua barangan keperluan ini boleh dibeli di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara. Di bawah adalah rantaian pasar raya tersebut:

 

  1. Giant
  2. Mydin
  3. Econsave
  4. The Store
  5. Pacific
  6. Milimewa
  7. 99 Speedmart
  8. Lotus Stores (Tesco)

Kedai-kedai runcit yang terpilih

 

 

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN

  1. Sila ke laman web MyKasih
  2. Sila masukkan nombor kad pengenalan & kod captcha
  3. Sila tekan pada butang “Semak Status”
  4. Keputusan kelayakan akan dipaparkan
  5. Penerima yang layak akan menerima SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka.
  6. Penerima juga perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button