PERMOHONAN RAKYAT

[RASMI] Tarikh Bayaran i-Sinar Bulan Kedua Februari 2021 & Seterusnya – KWSP

 

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bila bayaran iSinar bulan kedua akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing untuk bulan Februari dan seterusnya nanti.

 

Info Bantuan lain: 👇

https://t.me/bantuankerajaan2021

 

 

 

 

Tidak seperti i-Lestari yang dijadualkan pembayarannya setiap bulan, penerima i-Sinar akan menerima bayaran mengikut kategori permohonan dan tarikh kelulusan masing-masing.

 

Baca juga: CARA SEMAK PERMOHONAN ANDA TELAH BERJAYA DIHANTARATAU TIDAK

 

Untuk mendapat kepastian, kami telah bertanyakan hal ini sendiri melalui ELYA Live Chat KWSP pada hari ini.

 

Berikut adalah jawapan KWSP tentang tarikh bayaran bulanan i-Sinar KWSP yang akan akan diterima.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Bayaran iSinar Bulan Kedua & Seterusnya

 

Menurut KWSP, bayaran bulanan i-Sinar yang berikutnya akan dibayar pada:

  1. tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (maksudnya kalau dapat bayaran pertama 6 Januari, bayaran kedua pun sekitar 6 Februari jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  2. maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  3. Sebelum akhir bulan berkenaan

 

Menurut pegawai KWSP juga, pemohon juga boleh membuat semakan status untuk info lanjut dan terkini tentang maklumat pembayaran.

 

Cara Semakan Status iSinar Melalui Portal i-Sinar

 

  1. Layari laman web https://isinar.kwsp.gov.my/
  2. Skrol ke bahagian bawah dan tekan butang SEMAK STATUS
  3. Isikan maklumat yang diminta
  4.  Status kelulusan dan maklumat pembayaran akan dipaparkan

 

 

 

 

 

Cara Semak Tarikh Bayaran i-Sinar Melalui i-Akaun

Bagi yang dah ada i-Akaun KWSP dan nak tahu tarikh anggaran pembayaran i Sinar bulanan, sila rujuk langkah di bawah:

 

  1. Buka apps i-Akaun melalui smartphone atau laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Login menggunakan ID dan Password yang telah didaftarkan
  3. Semak bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  4. Klik ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  5. Seterusnya klik di column kedua yang ada tulis i-Sinar

 

Tarikh bayaran akan dipaparkan untuk rujukan anda seperti contoh di bawah

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button