BERITA

Rebut anak sehingga ditarik ibu mentua? Wanita lega kini zuriat di pelukannya

 

Apabila berlaku perpisahan dalam rumah tangga, anak sering menjadi mangsa akibat konflik ibu bapa. Belum lagi jika ada campur tangan ahli keluarga, si ibu pasti cuba mendapatkan hak penjagaan zuriat tercinta.

 

Bagi seorang ibu yang dikenali sebagai Aedinna Izzatie, dia bersyukur akhirnya dapat menjalani kehidupan bersama anak perempuannya Aleesa Izzatiey dipercayai selepas melalui pelbagai fasa dengan bekas suaminya.

 

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok baru-baru ini, ibu tunggal berusia 22 tahun itu memuat naik satu video dipercayai memaparkan dirinya dikasari seorang wanita didakwa ibu mentuanya suatu ketika dahulu.

 

Dan akhirnya ku memiliki seutuhnya

 

@izzatieeyyyyyyy_ dan akhirnya ku memiliki seutuhnya ❤️‍🔥 ##fyp #xyzbca #foryou ♬ suara asli – Zilfawila7

 

 

 

 

Berdasarkan rakaman berdurasi 18 saat itu, kelihatan dia yang sedang mendukung anaknya cuba dilindungi oleh adik perempuannya sebelum didatangi oleh ibu mentua yang bertindak menarik tudung Izzatie.

 

Video tersebut turut memaparkan beberapa keping foto wanita terbabit bersama anaknya yang berusia dua tahun itu yang kini bahagia tanpa kasih sayang seorang lelaki.

 

Meninjau ke ruangan komen, video itu meraih 1.6 juta tontonan dan lebih 3,000 komen dalam kalangan warganet yang rata-rata meluahkan rasa bengang melihat tindakan kasar ibu mentuanya seolah-olah tanpa belas kasihan.

 

Selain itu, warganet juga tidak lupa memberikan kata-kata semangat kepada Izzatie agar terus tabah dan kuat menghadapi sebarang situasi terutama dalam membesarkan anaknya seorang diri.

 

 

Anak kini di tangan yang betul…

 

 

Moga awak kuat jaga anak…

 

 

“Terima kasih yang mendoakan” – Izzatie

 

 

 

Sumber : Ohmymedia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button