BERITA

Remaja Maut: Ujian Tambahan Di Luar Negara

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat beberapa ujian tambahan terhadap sampel tisu dalaman seorang remaja lelaki didakwa meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin termasuk dihantar ke luar negara untuk ujian lebih komprehensif.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan memastikan perkara tersebut dilakukan segera.

 

Beliau berkata, hasil dapatan bedah siasat dan semua keputusan ujian yang dijalankan setakat ini termasuk pemeriksaan histologi akan dibentang dan dibincangkan dalam kalangan pakar-pakar forensik dalam satu sesi peer-review pada 7 Mac ini untuk pengesahan.

 

 

 

Ads by Kiosked

Katanya, laporan bedah siasat dan semua keputusan ujian yang dijalankan seterusnya akan turut diserahkan kepada ibu bapa mendiang selepas sesi semakan pakar tersebut.

 

“Kesemua perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua ibu bapa mendiang dan mereka memahami penerangan yang diberikan serta bersetuju dengan langkah-langkah yang akan diambil bagi mengenal pasti punca kematian mendiang,” katanya di sini semalam.

 

Terdahulu, Khairy bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pakar Forensik Hospital Serdang, Dr. Emizam Mohamadon mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa remaja tersebut, Naresh Kumar Lachmenou dan Vijayarani Govindan.

 

Anak mereka, Revnesh Kumar meninggal dunia secara mengejut pada 16 Januari lalu.

 

Remaja tersebut menerima suntikan vaksin Pfizer pertamanya pada 30 Disember lalu di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya dan pada 16 Januari, dia tiba-tiba rebah dalam lif di blok perumahannya sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia.

 

Dalam perjumpaan selama 30 minit di Kementerian Kesihatan di sini, beliau bersama Noor Hisham dan Dr. Emizam memberikan penerangan berhubung perkembangan terkini siasatan ke atas punca kematian mendiang Revnesh Kumar dan juga perancangan serta komitmen pihaknya untuk mengenal pasti punca kematian mendiang.

 

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, beliau dan seluruh warga kerja KKM menzahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Revnesh Kumar atas pemergiannya.

 

Kata beliau, perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan beliau memohon masyarakat untuk menghormati privasi dan perasaan keluarga mendiang.

 

Pada masa sama, beliau memohon masyarakat tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai kes kematian ini. –UTUSAN ONLINE

 

Sebelum ini, bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat remaja berusia 16 tahun, Revnesh Kumar, akan dibentang dan dibincangkan dalam kalangan pakar-pakar forensik dalam satu sesi ‘peer-review’ pada 7 Mac untuk pengesahan.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersama Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pakar forensik Hospital Serdang Dr Emizam Mohamadon, mengadakan pertemuan ibu dan bapa mendiang, Naresh Kumar Lachmenou dan Vijayarani Govindan pada Jumaat (4 Mac).

 

Revnesh meninggal dunia pada 16 Januari, iaitu lapan belas hari selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19.

 

Khairy berkata, dalam pertemuan selama 30 minit itu, ibu bapa Revnesh diberi penerangan mengenai perkembangan terkini siasatan ke atas punca kematian mendiang dan juga perancangan serta komitmen KKM untuk mengenal pasti punca kematiannya.

 

“Hasil dapatan bedah siasat dan semua keputusan ujian yang telah dijalankan setakat ini, termasuk pemeriksaan Histologi akan dibentang dan dibincangkan dalam kalangan pakar-pakar forensik dalam satu sesi peer-review pada 7 Mac 2022 untuk pengesahan.

 

“Laporan bedah siasat dan semua keputusan ujian yang dijalankan seterusnya akan turut diserahkan kepada ibu bapa mendiang selepas selesai sesi peer-review tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

 

Khairy menambah, KKM juga bercadang untuk membuat beberapa ujian tambahan terhadap sampel tisu dalaman di mana ia mungkin perlu dihantar ke luar negara untuk pengujian selanjutnya.

 

“Saya sendiri telah menyatakan komitmen untuk pastikan perkara ini disusuli dengan segera.

 

“Kesemua perkara ini telah dimaklumkan kepada kedua ibu bapa mendiang Revnesh Kumar dan mereka memahami penerangan yang diberikan serta bersetuju dengan langkah-langkah yang akan diambil bagi mengenal pasti punca kematian mendiang,” katanya.

 

Khairy dalam pada itu berkata beliau dan seluruh warga KKM menzahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Revnesh atas berita duka itu dan menyatakan perkembangan siasatan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

“Saya ingin memohon masyarakat untuk menghormati privasi dan perasaan keluarga mendiang. Pada masa yang sama, saya juga memohon agar masyarakat tidak menyebarkan maklumat palsu mengenai kes kematian ini,” katanya lagi. – THE STAR











Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button