BERITA

Rentas Negeri Hari Raya Aidilfitri 2021 ~ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti keputusan kebenaran rentas negeri termasuk sempena Hari Raya Aidilfitri 2021 akan datang ini.

 

Datuk Seri Dr. Adham Baba selaku Menteri Kesihatan berkata, pihaknya membentangkan kepada pihak kerajaan berkenaan kebenaran untuk rentas negeri dan daerah boleh dibenarkan bergantung kepada enam petunjuk.

 

Enam petunjuk yang dimaksudkan termasuklah:

  1. Situasi kes harian
  2. Kes discaj
  3. Trend kadar harian
  4. Kadar kematian
  5. Keupayaan katil pihak swasta serta awam
  6. Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti

 

Dalam pembentangan tersebut, kebenaran untuk rentas negeri dan daerah boleh dibenarkan bergantung kepada enam petunjuk ini sekiranya ia menunjukkan rekod positif. Namun masih belum ada keputusan yang muktamad daripada pihak kerajaan, ini hanyalah apa yang telah dibentangkan kepada pihak kerajaan.

 

Dalam masa sama, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sedang meneliti pandangan pakar kesihatan awam termasuk kebenaran merentas minggu kedua Hari Raya Aidilfitri dan kerajaan akan tentukan bilakah masa sesuai, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba beliau pada sidang akhbar mengenai perkembangan Program Imunasi Covid-19 Kebangsaan bersama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

 

Sila baca petikan akhbar penuh disini :

https://www.utusan.com.my/nasional/2021/03/rentas-negeri-bergantung-enam-petunjuk/

Sumber: Utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button