PERMOHONAN RAKYAT

RM10,000 Dikredit Ke Akaun Pemohon Dalam Tempoh 1-3 Hari Bekerja Bergantung Pada Bank

 

RM10,000 dikredit ke akaun pemohon dalam tempoh 1-3 hari bekerja bergantung pada bank. Para pemohon Pengeluaran Khas KWSP akan mula mendapat wang mereka RM10,000 secara berperingkat mulai 20 April ini.

 

Dengan Syawal kian menjelang, mereka yang memohon pengeluaran khas KWSP sudah tentu mengharapkan pengeluaran diterima sebelum Aidilfitri, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abd Aziz.

 

Beliau memaklumkan pengeluaran khas KWSP akan mula dikreditkan secara berperingkat mulai 20 April 2022 memanfaatkan 5.3 juta pemohon dengan amaun pengeluaran berjumlah RM40.1 bilion.

 

Pengeluaran khas ini, InsyaAllah, akan meringankan beban #KeluargaMalaysia terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

 

Pengkreditan amaun ke akaun bank ahli adalah dalam tempoh 1 hingga 3 hari bekerja bergantung kepada prosedur bank, bagaimanapun pemohon boleh menyemak status permohonan dari semasa ke semasa di portal pengeluaran khas.

 

Bagaimanapun mulai hari ini, para pemohon boleh menyemak permohonan masing-masing untuk melihat status ianya diluluskan atau sebaliknya, namun mereka yang masih dalam status diterima diminta bersabar sedikit.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button