PERMOHONAN RAKYAT

Rujuk Cara Semak Disini | Esok Dah Boleh Semak Status LULUS Pengeluaran Khas RM10K KWSP – 9 April 2022

 

Merujuk kepada info terkini di laman Facebook Rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status LULUS bagi permohonan Pengeluaran Khas boleh mula dibuat mulai 9 April 2022 (Sabtu).

 

Sehubungan dengan itu, pihak KWSP telah memberikan maklumat bahawa ahli TIDAK PERLU melakukan semakan melalui portal i-Akaun, mengunjungi kios atau mana mana cawangan KWSP untuk melakukan semakan. Setiap ahli boleh terus melakukan semakan melalui portal Pengeluaran Khas yang telah pihak KWSP disediakan.

 

Langkah Melakukan Semakan Status LULUS Pengeluaran Khas KWSP RM10k

 

Ahli boleh melakukan semakan status permohonan Pengeluaran Khas mulai 9 April 2022 melalui:

 

1. Layari laman web rasmi KWSP iaitu pengeluarankhas.kwsp.gov.my

 

2. Klik butang ‘Semakan Status’

 

3. Isi maklumat anda (sekiranya diminta)

 

4. Keputusan permohonan akan terpapar samada anda LULUS atau TIDAK. Sila rujuk penjelasa di bawah:

 

·        Sekiranya anda LULUS, amaun permohonan yang anda mohon akan dikreditkan pada 20 April 2022

 

Contohnya, sekiranya anda memohon pengeluaran sebanyak RM8,000 (dari Akaun 2/ Akaun 1), anda akan menerima pengkreditan dengan jumlah RM8,000 ke akaun bank anda pada 20 April 2022 (Rabu).

 

·        Sekiranya anda TIDAK LULUS, kebiasannya KWSP akan melancarkan permohonan rayuan selepas 9 April 2022

 

KEMASKINI RASMI: Buat masa ini, penukaran nombor telefon TAC hanya boleh dibuat melalui kios/kaunter KWSP berdekatan kerana ia melibatkan pengesahan cap ibu jari. Sila KLIK DI SINIuntuk lokasi.

 

Langkah Permohonan Khas KWSP RM10K

 

Sila rujuk langkah Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 seperti di bawah:

 

1. Sila layari pengeluarankhas.kwsp.gov.mydan pilih MOHON SEKARANG.

 

2. Sila isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit

 

3. Sila tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan NOMBOR OTP atau Soalan Keselamatan

 

4. Sila tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran (Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN)

 

·        Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN

·        Tetapkan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda dengan menaip amaun pilihan.

 

5. Sila tekan TERUSKAN

 

6. Sila lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON, MAKLUMAT PEMBAYARAN dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.

 

7. Sila semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakauan dan tandakan saya bukan robot dan tekan HANTAR. Selesai.

 

Tarikh Pembayaran Pengeluaran Khas KWSP RM10k

 

Berdasarkan pemberitahuan yang telah dilakukan pada 16 Mac lalu, pihak KWSP ada berkongsi maklumat mengenail permohonan pengeluaran ini akan dibuka kepada ahli bawah usia 55 tahun bermula 1 April sehingga tamat tempoh permohonan iaitu pada 30 April ini.

 

Pembayaran pengeluaran khas RM10,000 ini akan dibayar pada 20 April 2022.

 

Jumlah Minimum & Maksimum Pengeluaran Khas RM10k

 

Semestinya jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum sebanyak RM50.

 

Ahli pencarum perlu untuk menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 mereka sebelum mengakses akaun 1 mereka dan mereka wajib untuk mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun.

 

Cara Pembayaran

 

Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar dalam satu bayaran sahaja dan akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli yang mereka hanya perlu memastikan akaun bank mereka aktif dan bawah nama ahli sendiri. Menurut KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

 

Tarikh Semakan Status Kelulusan Permohonan Pengeluaran Khas RM10k

 

Semakan status permohonan lulus pengeluaran khas KWSP RM10,000 ini boleh dibuat bermula 9 April 2022.

 

Maklumat Lanjut

 

Sila rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran Khas:

 

·        Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my

·        Ask ELYA di laman web rasmi KWSP

·        Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)

·        Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button