PERMOHONAN RAKYAT

RUMAH IKRAM KPKT ~ CARA MOHON RUMAH SEWA SERENDAH RM124

 

Sejak pandemik melanda negara kita, ramai rakyat Malaysia yang terkesan dari segi pekerjaan dan kewangan. Sampai ada yang kena halau rumah sebab tak mampu nak membayar sewa bulanan.

 

Menyedari kesusahan rakyat dalam mencari rumah mampu milik, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan termasuk inisiatif perumahan untuk golongan B40 dan M40 di Malaysia.

 

Paling terbaru, sebagai usaha untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan program Rumah IKRAM KPKT.

 

Untuk memberikan anda gambaran lebih jelas tentang rumah IKRAM, panduan ini akan menerangkan apa sebenarnya inisiatif IKRAM termasuk cara dan kelayakan untuk memohon. Teruskan membaca!

 

 

APA ITU PROGRAM INISIATIF KEDIAMAN RUMAH KELUARGA MALAYSIA (RUMAH IKRAM KPKT)?

Rumah IKRAM KPKT adalah inisiatif kerajaan dalam menyediakan kediaman sewa pada kadar minimum serendah RM124.00 / bulan bagi membantu keluarga yang terkesan dan kehilangan rumah disebabkan pandemik COVID-19.

 

Seperti yang dinyatakan di portal rasmi TEDUH KPKT, tujuan utama inisiatif ini adalah untuk:

 

  • Memberi perlindungan kepada rakyat yang kehilangan tempat tinggal akibat COVID-19 dengan penyediaan kediaman yang berdaya huni, selesa dan selamat; dan
  • Meyediakan kemudahan insentif melalui sewaan percuma selama 6 bulan untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat.

Rasanya memang tak dapat nak sewa sebuah rumah di luar dengan harga RM124.00 sebulan tu, bilik mungkin ada.

 

Kalau anda perasan harga sewa rumah IKRAM KPKT adalah sama dengan kadar sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR).

Tak peliklah sebab kediaman sewa KPKT yang terpilih sebenarnya terletak di dalam kawasan projek PPR, yang mana berbeza dengan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ya.

 

 

 

SIAPA YANG LAYAK MEMOHON RUMAH IKRAM KPKT?

Seperti semua program bantuan kerajaan yang lain, ada syarat kelayakan yang perlu dipenuhi bagi memohon rumah IKRAM. Selain terkesan akibat COVID-19, syarat permohonan lain adalah seperti berikut:

 

  1. Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia,
  2. Pemohon berumur 18 tahun ke atas,
  3. Belum memiliki rumah, rumah sedia ada telah dilelong, tempoh sewaan telah ditamatkan atau seumpamanya, dan
  4. Pendapatan isi rumah tak lebih RM3,000 sebulan.

 

 

BAGAIMANA NAK MOHON RUMAH IKRAM KPKT?

Permohonan bagi rumah IKRAM perlu dibuat secara online. Sekiranya berminat dan layak, anda boleh ikut langkah-langkah di bawah:

 

  1. Layari laman web TEDUH KPKT
  2. Pilih projek PPR yang diingini (pastikan ada logo RUMAH IKRAM KELUARGA MALAYSIA di gambar projek)
  3. Klik butang ‘MOHON DI SINI’
  4. Log Masuk atau Daftar Akaun jika belum ada
  5. Isi semua maklumat yang diperlukan
  6. Hantar permohonan

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button