BERITA

Rupanya Ini Punca Bunyi Bising Pada Enjin Proton X50 Dan X70

 

Rupanya ini punca bunyi bising pada enjin Proton X50 dan X70. Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab. Ramai yang merungut kenapa enjin X50 dan X70 ni bising. Termasuk lah baru-baru ini ada seorang pemilik kereta ini resah dengar bunyi enjinnya yang kuat padahal baru je beli.. 

 

Memetik dari portal Mekanika, Proton X50 dikuasakan dengan 2 pilihan enjin samaada enjin 1.5T atau 1.5 TGDi yang menghasilkan kuasa berbeza. Varian 1.5T menjana 148 kuasa kuda dan 225Nm tork manakala varian TGDi yang digunakan pada varian Flagship menghasilkan 175 kuasa kuda dan 255Nm tork.

 

Malah enjin 1.5TGDi ini juga digunakan oleh 4 varian Proton X70. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut berkenaan enjin 3 silinder ini 1.5TGDi ini di SINI. Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan oleh pemilik tadi, bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin ini adalah disebabkan rekaan dan cara enjin ini beroperasi

 

TGDi merupakan singkatan kepada Turbocharged Gasoline Direct Injection, menerangkan dengan tepat bagaimana enjin ini beroperasi. Petrol dalam enjin ini akan disuntik terus ke dalam silinder pada lejang mampatan. Enjin 1.5T pula akan memancitkan petrol di luar silinder kerana sistem EFI dipasang di luar silinder.

 

Berbeza dengan enjin 1.5T, enjin TGDI hanya akan memampatkan udara sahaja dan ketika akhir lejang mampatan petrol akan dipancitkan pada tekanan tinggi. Sistem suntikan enjin TGDI dipasang di dalam silinder dan sistem ini dinamakan Direct Injection.

 

Campuran ini tadi akan dinyalakan dengan percikan elektrik daripada palam pencucuh dan menyalakan campuran petrol dan udara bertekanan tinggi. Cara kerja enjin suntikan bahan api terus ini adalah sama seperti enjin diesel yang memerlukan sistem suntikan bahan api tekanan tinggi untuk memancitkan bahan api di dalam silinder.

 

Bunyi bising enjin Proton X50 dan X70 akhirnya terjawab

 

Penulis tiada data berkenaan dengan berapakan nilai tekanan yang digunakan oleh enjin Proton X50. Tapi untuk perbandingan enjin GM yang menggunakan sistem EFI hanya mengenakan 40 psi untuk menghantar petrol. Tapi bagi enjin suntikan bahan api terus milik GM, nilai ini meningkat kepada 1740 psi. Ia merupakan satu perbezaan yang cukup besar bunyi yang ada dengar ialah bunyi fuel pump beroperasi.

 

Faktor kedua ialah solenoid yang mengawal aliran petrol terutama untuk kegunaan pam petrol tekanan tinggi dan juga pemancit adalah lebih kuat dan lebih bising pada enjin TGDi. Bagi mengatasi isu bunyi ini, kebanyakan pengeluar menggnakan bahan penebat yang lebih tebal di sekitar komponen fuel rail.

 

Jadi anda sudah tahu kenapa kenderaan yang dipasang dengan enjin suntikan bahan api terus dan isu ini melibatkan pelbagai jenama seperti Proton, Mazda, Nissan dan juga Hyundai anda akan dapati enjin suntukan bahan api terus (TGDi) menghasilkan sedikit bunyi yang kuat jika dibandingkan dengan enjin suntikan EFi.

 

Sumber: malaysiaharmoni.net

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button