PERMOHONAN RAKYAT

SAMAN PDRM POTONGAN 80% SEHINGGA 31 DISEMBER ~ PANDUAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN SAMAN SECARA ONLINE ATAU MENGGUNAKAN ATM BANK [MUDAH & SENANG]

 

“PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.

Seperti mana yang dinyatakan sebelum ini, orang ramai tidak perlu hadir program ini (100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia) semata-mata untuk menjelaskan saman tersebut.

 

Sebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara, membuat membayar melalui online MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store dan memalui ATM Bank seluruh Malaysia.

 

www.infomalaysiakini.comakan memberikan cara atau panduan untuk membuat bayaran secara online atau menggunakan ATM Bank. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan anda untuk membuat bayaran Saman dan tidak perlu untuk berpusu-pusu untuk pergi ke kaunter trafik di seluruh Malaysia.

 

 

PEMBAYARAN SAMAN SECARA ONLINE

 

 

Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.

 

 

Untuk yang pertama kali masuk ke MyBayarSaman, boleh klik Sign Up New User untuk membuat pendaftaran terlebih dahulu.

 

 

  • Setelah itu, isi maklumat yang tertera seperti di dalam gambar di atas. Maklumat yang anda perlu isi adalah Kad Pengenalan, Nama Penuh, Email, dan Nombor Tel
  • Sudah isi klik di kotak yang bersebelahan “I AGREE WITH TERMS & CONDITIONS”

  • Klik “Request for OTP Verification”

  • SMS anda akan terima untuk dapatkan no OTP.

 

 

Isi maklumat yang di minta.

 

 

CARA MEMBUAT BAYARAN SECARA ONLINE

 

Masukkan maklumat  User ID iaitu Kad pengenalan anda dan Password yang anda daftarkan
Klik Sign In

 

 

Saman akan tertera dan anda klik Payment of Summons untuk membuat bayaran.

 

Akhir sekali, pilih bank mana anda inginkan untuk membuat bayaran. Setelah itu ikut step yang d minta. Setelah itu selesai. Pastikan maklumat bayaran saman anda, di simpan sebagai rujukan.

 

 

 

CARA MEMBUAT BAYARAN SAMAN MENGGUNAKAN ATM BANK.

 

 

Video ini haruslah dikasih besar untuk melihat panduan untuk membuat bayaran di ATM Bank.

Info yang kami sediakan adalah untuk memudahkan semua rakyat Malaysia untuk membuat bayaran SAMAN PDRM yang telah di tawarkan oleh PDRM sebanyak 80%. Semoga info ini dapat membantu anda untuk membuat bayaran Saman dengan mudah dan jimat masa.

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button