BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Sambungkan Akaun Tabung Haji Dengan Bank Lain

 

Berikut adalah cara link tabung haji dengan CIMB CLICKS:

 

1.      Login CIMB CLICKS

2.      Klik ‘PAY BILLS’

·        Pilih menu ‘Pay & Transfer’ dan klik pada butang ‘Pay Bills’.

·        Dekat bahagian Biller nanti boleh taip ‘Lembaga Tabung Haji’, nanti akan keluar pilihannya.

 

3.      Masukkan Maklumat Akaun Tabung Haji

·        Rujuk buku Tabung Haji dan masukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor IC

·        Kalau akaun Tabung Haji sendiri gunalah nombor IC sendiri ya.

 

4.      Isikan Amaun dan Semak

·        Kemudian isikanlah berapa jumlah duit yang nak ditransfer ke akaun Tabung Haji tadi. Selepas sudah periksa No Akaun Tabung Haji

 

5.      Request TAC

·        Akhir sekali, Request TAC macam biasa.

·        Nombor TAC akan dihantar melalui SMS.

·        Masukkan 6 digit TAC dan selesaikan urusniaga. Anda akan dicaj RM0.50 untuk urusniaga ini

 

Cara Set Favourite Tabung Haji Guna Cimb Clicks

·        Klik bahagian ‘My Accounts’ > ‘My Favourite’ > ‘Biller’. Pilih akaun Tabung Haji tadi dan isikan maklumat yang diminta.

·        Biasanya akaun Tabung Haji ni akan dikemaskini dalam masa 1-3 hari bekerja

Cara Semak Baki Tabung Haji Melalui Cimb

 

Tabung Haji juga telah memperkenalkan Perkhidmatan TH melalui ATM dan CDM CIMB Islamic mulai 1 Oktober 2018.

 

Proses pendaftaran (link) kad ATM ke akaun TH boleh dilakukan melalui mesin ATM CIMB dengan menggunakan kad ATM CIMB.

 

Maksudnya, kita boleh semak baki akaun Tabung Haji menggunakan kad ATM CIMB tanpa perlu pergi ke Tabung Haji.

 

1.      Makan Kad Atm Cimb seperti biasa

·        Pertama sekali, masukkan kad CIMB anda pada mesin ATM dan tekan nombor pin seperti biasa.

 

2.      Pilih Lain-lain

·        Seterusnya pilih butang menu ‘Lain-lain’ pada skrin.

 

3.      Pilih Menu Tabung Haji

·        Kemudian, pilih urusniaga ‘Tabung Haji’ seperti yang tertera di bawah.

 

4.      Masukan Maklumat Akaun Tabung Haji

·        Sekarang, masukkan nombor akaun Tabung Haji seperti yang boleh dirujuk dalam buku akaun.

·        Selepas itu masukkan pula nombor siri yang terdapat pada buku akaun Tabung Haji anda.

 

Semak Baki, Keluarkan & Pindah Wang Tabung Haji Guna Kad Atm CIMB

Jika kad ATM CIMB berjaya didaftarkan (link) kita dah boleh buat transaksi pengeluaran, pindahan dari akaun TH ke akaun bank sendiri atau pihak ke tiga dan juga boleh membuat semakan baki akaun TH.

 

Selain itu, simpanan tunai pula boleh dilakukan melalui cash deposit machine (CDM).

 

Tapi tak seperti Maybank2U, semakan baki akaun TH hanya boleh dilakukan melalui ATM sahaja. Tiada perkhidmatan semakan baki ditawarkan melalui CIMB Clicks.

 

Bila sebut sahaja duit Bantuan Sara Hidup(BSH) ia sinonim dengan Bank Simpanan Nasional(BSN) kan?

 

Cara Link Tabung Haji Dengan Maybank2u

 

Berikut adalah cara link tabung haji dengan Maybank2u:

 

1.      Sila ke mesin ATM Maybank

2.      Masukkan kad ATM anda pada mesin ATM tersebut.

3.      Masukkan nombor PIN anda seperti biasa

4.      Pilih TABUNG HAJI

5.      Kemudian masukkan nombor akaun TH anda dan  tekan YA.

6.      Sila sahkan nombor akaun TH yang tertera, serta nombor siri buku akaun TH. Jika kedua-dua nombor ini adalah milik anda, tekan pada YA.

7.      Proses di ATM MAYBANK selesai, kini anda perlu buka laptop/komputer/telefon pintar anda.

8.      Pada web browser anda, layari laman web rasmi Maybank2u di sini: https://www.maybank2u.com.my

9.      Kemudian, login ke akaun anda.

10.   Kemudian, menu akan tertera. Tekan link Accounts & Banking.

11.   Tekan link Tabung Haji.

12.   Sekarang anda dapat akses ke akaun Tabung Haji anda melalui Maybank2U,kerana anda telah melengkapkan pendaftarannya untk disambung dengan Maybank2U melalui mesin ATM.

13.   Kini, anda boleh melakukan pelbagai perkara seperti menyemak baki akaun anda, melakukan transaksi pindahan wang ke akaun lain, mengeluarkan wang Tabung Haji anda dan sebagainya.

 

Cara Link Tabung Haji Dengan i- Rakyat

Langkah 1 : Daftar masuk (Login) ke www.irakyat.com.my

 

Langkah 2 : Pilih menu TABUNG HAJI.

 

Langkah 3 : Pilih menu ACCOUNT LINGKAGE

 

Langkah 4 : Tekan butang NEXT

 

Langkah 5 : Masukkan nombor akaun Tabung Haji yang ingin dihubungkan.Tekan SUBMIT.

 

Langkah 6 : Tekan butang REQUEST TAC. Masukkan kod TAC yang diterima di telefon bimbit anda dan tekan butang CONFIRM.

 

Cara Link Tabung Haji Dengan ATM Bank Rakyat

Langkah 1 : Masukkan kad ATM Bank Rakyat beserta nombor PIN kad di mesin

 

ATM Bank Rakyat.

 

Langkah 2 : Pilih menu LAIN-LAIN

 

Langkah 3 : Pilih menu TERUSKAN

 

Langkah 4 : Pilih menu LINK AKAUN TABUNG HAJI / PENDAFTARAN HAJI

 

Langkah 5 : Pilih menu LINK AKAUN SENDIRI

 

Langkah 6 : Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda & klik TERUSKAN

 

Langkah 7 : Maklumat pemegang akaun dipaparkan & klik SAHKAN

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button