BERITA

Sarawak Tetap Tolak Polis Bermasalah Dihantar Ke Sini – Abang Johari

 

KUCHING, 4 Ogos : Sarawak kekal dengan keputusan untuk tidak menerima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdepan tindakan tatatertib untuk dihantar bertugas di negeri ini.

 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendirian kerajaan negeri telah dinyatakan semalam oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. 

 

“Maka itulah pendirian Kerajaan Sarawak, dalam kenyataan itu sudah jelas,”katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Muzium Limbang hari ini.

 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas polemik yang timbul ekoran cadangan untuk menghantar sembilan orang anggota PDRM yang terlibat dengan kes salah laku untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato S Sasikala Devi seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Selasa lepas.

 

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum bantahan oleh kerajaan di kedua – dua negeri dan akan mengkaji semula keputusan itu.

 

Sumber: TVS

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button