BERITA

‘Saya Beri 10 Bintang Untuk Semangat Cikgu’, Gaya Mengajar Guru Ini Dikagumi Orang Ramai

 

10 bintang diberi untuk semangat dan kesungguhan mengajar seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah ini. Itu antara respon warganet.

 

Gaya mengajar guru wanita yang kreatif dan bertenaga dan dikongsi di TikTok beliau mengundang kekaguman orang ramai.

 

Dalam masa sama, ada yang ‘terkilan’ kerana mereka semasa di bangku sekolah dahulu tidak mempunyai guru bersemangat seperti wanita berkenaan.

 

“Teacher yang paling best ni. Kenapa saya dulu tak diajar dengan cara ni,” kata seorang netizen.

 

Guru yang juga TikTokers yang menggunakan nama nanadayana.11  memang popular dengan mempunyai lebih 330,000 pengikut selain disukai 9 juta pengguna TikTok.

@nanadayana.11 Replying to @bosan429 terlompat lompatt nak buat the babies fahamm 😂♥️ #teacher #days #year1 ♬ Baby Song – Lullaby player

 

Melihatkan tenaga maksimum guru itu, ada yang berpendapat mungkin beliau akan terlalu penat kerana dalam sehari bukan sebuah bilik darjah sahaja yang perlu ditanganinya.

 

Namun, ada warganet yang menolak tanggapan tersebut sebaliknya menyifatkan guru itu lebih puas dan gembira ditambah dengan murid yang cerdik dan baik mendengar kata.

 

Sumber: malaysiadateline.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button