PERMOHONAN RAKYAT

Semak Bayaran BPR Tambahan RM500 Anda – Sudah Mula Dikreditkan

 

Seperti yang kita suda sedia maklum yang bantuan BPR RM500 secara one-off akan diagihkan pada bulan Jun ini. Bantuan ini merupakan salah satu bantuan yang termasuk dalam PEMERKASA. Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM 1.2 billion bagi membantu 2.4 juta penerima bantuan yang kehilangan punca pendapatan.

 

INFO-INFO BANTUAN LAIN👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Baru-baru ini, terdapat pemohon yang berkelayakan berkongsi tentang bantuan BPR yang telah dikreditkan ke akaun mereka. Kepada anda yang layak dan bakal menerima bantuan ini, anda boleh mula membuat semakan untuk memastikan bantuan ini telah pun dikreditkan ke akaun anda masing-masing.

 

Di sini kami akan kongsikan maklumat bantuan serta cara untuk membuat semakan.

 

SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN RM500?

Golongan B40 yang hilang pendapatan layak mendapat bantuan

 

Penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah mendapat bayaran tambahan RM500.

 

BANTUAN RM500 ONE-OFF UNTUK B40 & PENERIMA BPR

 

  • Penerima tidak perlu untuk membuat pendaftaran
  • Penerima berumur 21 tahun hingga 60 tahun
  • Bayaran akan dikreditkan ke akaun penerima setelah pengesahan kehilangan pendapatan serta semakan silang dibuat melalui PERKESO, LHDNM dan KWSP.
  • Mereka yang berstatus bankrap (muflis) juga akan diberikan kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian untuk memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.

 

Baca juga artikel ini:

Bantuan RM800 Kepada Individu Yang Belum Bekerja

Kerajaan Sedang Mengkaji Dengan Teliti Bantuan TambahanKepada Rakyat

 

TARIKH BAYARAN

Dikreditkan bermula Jun 2021 ke akaun masing-masing.

 

CARA UNTUK MEMBUAT SEMAKAN

 

  1. Layari BPR https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Tekan “Semak”.
  4. Paparan Status Bantuan.

 

CARA PERMOHONAN

Pendaftaran permohonan tidak diperlukan.

 

BPR TAMBAHAN

Bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 2.1 billion ringgit menambah kadar BPR.

 

1. Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500

Kadar tambahan BPR – RM500

 

2. Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,501 – RM5,000

Kadar tambahan BPR – RM300

 

3. Golongan bujang akan menerima tambahan BPR sebanyak RM100

Tarikh Pembayaran Adalah Mengikut Bank-Bank Tempatan

 

Untuk pengetahuan anda, pembayaran bagi bantuan ini akan dilakukan secara berperingkat. Oleh itu, anda boleh menunggu untuk pengkreditan serta semak status bantuan di portal rasmi semakan BPR.

 

INFO TAMBAHAN

Anda boleh dapatkan lebih banyak info bantuan di 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Related Articles

One Comment

  1. Kenapa dpt bpn dam bkn bpr…. Come on kerajaan.. Saya bkn peniaga. Ssmm tudi paks bukak… Mangsa scam. Sampai kejohor saya dibawa…. Nk tamatkan mana ada duit…

  2. Salam..sy x kerja..psu 3.0 x masuk lagi bulan 6 dgn 7..ni hrini majikan da isi psu 4.0.sila maklumkan..sy bkerja di softdream sdn bhd senawang industrial park…sy trpaksa brhutang,bil apa smua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button