PERMOHONAN RAKYAT

Semak Status Penerima RM100 Sebulan – Program PRIHATIN Kasih

 

Program PRIHATIN Kasih dalam pakej PEMERKASA, dilaksana bagi membantu golongan miskin bandar mendapatkan barangan dapur secara tanpa tunai.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Selama tiga bulan, individu yang layak akan menerima RM100 sebulan, dikreditkan ke dalam MyKad untuk dibelanjakan seisi rumah.

 

Menariknya, mereka boleh memilih untuk berbelanja di lebih 300 rantaian kedai dan pasar raya di seluruh negara.

 

Baca juga artikel ini:

Bantuan RM800 – PERANTISAN

Inisiatif Bantuan Diskaun Bil Elektrik 40%

 

Program PRIHATIN Kasih yang bermula satu Julai merupakan kesinambungan kepada program e-Kasih yang ditambah baik.

 

Lokasi Pembelian Boleh Dibuat

Penerima boleh membuat pembelian barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara termasuk:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

 

Tempoh Pelaksanaan

Tempoh Pelaksanaan Program PRIHATIN Kasih ini adalah berbeza mengikut negeri.

 

Selangor dan Kuala Lumpur         

  • Julai hingga September 2021

 

Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan Terengganu       

  • Ogos hingga Oktober 2021

 

Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan Sarawak             

  • September hingga November 2021; atau Oktober hingga Disember 2021 (akan dimaklumkan kemudian)

 

Semakan Kelayakan

 

Semakan kelayakan Bantuan boleh dibuat melalui laman: https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Sumber: berita rtm, mykasih

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button