PERMOHONAN RAKYAT

SEMAKAN BANTUAN SABAH PRIHATIN COVID-19 KINI BOLEH DILAKUKAN

Info Berkenaan Bantuan Kerajaan : https://t.me/bantuankerajaan2021

KOTA KINABALU: Semakan Bantuan Sabah Prihatin Covid-19 kini boleh dilakukan melalui talian yang disediakan oleh kerajaan negeri bagi memudakan proses semakan status permohonan.

 

 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dalam satu kenyataan berkata, kini orang ramai boleh mengakses portal semakan menerusi https://bantuan.covid19.sabah.gov.my/ atau melalui talian 088-369430 dan 01159792975 (Whatsapp).

 

Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan RM160 juta bagi membantu golongan sasar dari pelbagai sektor yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

 

 

Disamping itu, orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini Covid-19 daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 negeri Sabah.

 

Katanya, maklumat semasa situasi kes Covid-19 di Sabah boleh diakses melalui portal https://covid19.sabah.digital/covid19/ dan talian iaitu 088-369433 dan 088- 369434 untuk pelbagai pertanyaan, prosedur operasi standard (SOP) dan pengoperasian perniagaan dan lain-lain.

Sumber : borneotoday

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button