BERITA

Semakan Dividen KWSP Online Bagi Tahun 2021 (6.1%)

 

SEMAKAN DIVIDEN KWSP 2021

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan sebanyak RM50.45 bilion; dan 5.65 peratus untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan RM6.27 bilion, menjadikan jumlah agihan terkumpul untuk 2021 sebanyak RM56.72 bilion.

 

Kadar dividen yang diumumkan dana persaraan nasional itu membabitkan agihan sebanyak RM47.64 bilion merangkumi, RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah dengan RM4.76 bilion.

 

Untuk makluman, ahli boleh menyemak kadar dividen KWSP 2021 bermula pada 6 Mac 2022 dan digalakkan membuat semakan melalui i-Akaun.

 

Cara Semakan Dividen KWSP

 

Berikut adalah langkah membuat semakan dividen KWSP online melalui i-Akaun.

1.      Layari pautan i-Akaun KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member

2.      Pergi kepada ikon Login

3.      Masukkan ID & Kata Laluan yang telah didaftarkan

4.      Klik View Details di bahagian menu Dividend

5.      Perincian Dividen tahun 2021 akan dipaparkan

 

*Semakan dividen bagi tahun 2021 boleh dibuat mulai 6 Mac 2022.

 

*Bagi anda yang belum mempunyai i-Akaun, pastikan anda daftar terlebih dahulu. Sila rujuk: Cara Daftar i-Akaun KWSP

 

Bagi anda yang belum mendaftar i-Akaun, sila rujuk panduan pendaftaran berikut:

 

Sejarah Prestasi KWSP

Berikut adalah sejarah prestasi KWSP bagi tahun-tahun sebelumnya:

 

Sumber dari laman web rasmi KWSP : Sila rujuk (link ke Sejarah Kadar Dividen)

Dengan purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Syariah selepas diselaraskan untuk inflasi, KWSP telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2.00 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

 

KWSP berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik COVID-19 dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi. Berikut adalah Rumusan Prestasi Pelaburan Tahun 2020 yang disiarkan dalam kenyataan media KWSP yang lalu :

 

https://www.kwsp.gov.my/ms/dividend

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button