BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Melalui Portal JPJ

 

Anda boleh mengetahui bilakah tarikh luput lesen memandu anda. Ianya terpakai untuk semua lesen yang diperolehi melalui Jabatan Pengankutan Jalan.

 

Di sini kami kongsikan cara mudah untuk anda membuat semakan bilakah tarikh luput lesen memandu anda.

 

Caranya adalah dengan melalyi laman web rasmi JPJ dan akses ke aplikasi khas semakan tariklh luput. Cara terperinci boleh kami kongsikan di dalam artikel ini.

 

Cara Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu JPJ

 

Pertama sekali, layari laman web https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen-memandu

 

Pergi ke bahagian kategori ID, dan pilih kategori yang sesuai untuk anda. Jika anda pemegang kad pengenalan, pilih kategori orang awam Malaysia (MyKAD).

 

Selepas itu, masukkan nombor kad pengenalan anda.

 

Masukkan nombor kad pengenalan anda pada ruangan no.ID. Masukkan kod sekuriti yang tertera. Kemudian klik semak.

 

Maklumat senarai lesen berserta tarikh luput akan dipaparkan.

 

Melalui semakan ini juga anda boleh lihat bilakah anda mula mengambil lesen dan lulus ujian memandu.

 

Semoga artikel ringkas ini dapat membantu anda untuk membuat semakan tarikh luput lesen memandu JPJ anda.

 

Apakah maklumat diperlukan untuk membuat semakan tarikh luput lesen memandu?

Nombor kad pengenalan.

 

Bolehkah semakan lesen L (latihan) dibuat ?

Boleh. Melalui aplikasi yang sama.

Sumber: portalsemakan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button