PERMOHONAN RAKYAT

Senarai Bantuan Kerajaan Bulan Februari 2022 – Jom Mohon Sekarang!

 

Mulai tahun 2022, kerajaan telah menyenaraikan bantuan kerajaan yang boleh anda mohon mulai Februari 2022. Anda diminta menyemak dan melihat syarat kelayakan bagi setiap bantuan kerajaan yang ada.

 

Sila baca artikel seterusnya untuk mengetahui bantuan kerajaan yang boleh anda mohon.

 

Bantuan Kerajaan 2022

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang boleh anda mohon pada tahun 2022 ini:

 

a) Bantuan Keluarga Malaysia

Bantuan BKM ini merupakan bantuan yang menggantikan BKC, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) & Bantuan Sara Hidup.

 

Untuk jumlah bantuan yang anda akan dapat, sila rujuk kategori anda di bawah:

 

• Isi rumah = RM400 hingga RM2,000

• Ibu Tunggal ( Isi Rumah ) = RM500

• Warga Emas ( Isi Rumah ) = RM300

• Warga Emas (Bujang) = RM600

• Bujang = RM350

 

Tarikh Pembayaran BKM

 

Terdapat 4 fasa pembayaran iaitu pada bulan Mac, Jun, September & Disember 2022.

 

Tarikh tutup untuk permohonan baru dan kemaskini telah pun ditutup.

 

Anda kini boleh semak untuk lihat status permohonan BKM anda sama ada lulus atau tidak.

 

Jumlah Bantuan: RM350 – RM2000

 

b) Bantuan Kredit e-Dompet RM150

Bantuan e-Dompet ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

Di mana bantuan ini akan diberikan kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun yang merupakan pelajar sepenuh masa di IPT.

 

Bantuan ini akan dibayar melalui BigPay, Boost, ShopeePay & TnG Wallet.

 

Download Boost di GooglePlay/ AppStore dan masukkan code referal moh86i2 untuk dapatkan RM5 percuma!

 

Tarikh pembayaran akan diumumkan dalam masa terdekat.

 

Jumlah Bantuan: RM150

 

c) Malaysian Incentive Community Empowerment (MyICE)

Pemberian Geran Sehingga RM10,000 kepada pertubuhan berdaftar.

 

Untuk permohonan, sila mohon dan isi borang permohonan di dalam sistem MyICE di laman web www.eroses.gov.my

d) Bantuan Khas Usahawan Kecil Ibu Tunggal Anggun Niaga

Bantuan khas untuk ibu tunggal ini dianjurkan oleh Pertubuhan Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) dan bekerjasama dengan Kerajaan Pahang.

 

Terhad untuk 280 orang sahaja. Berikut adalah syarat permohonan :

 

• Warganegara Malaysia

• Berumur 20-55 tahun

• Status ibu tunggal

• Mempunyai perniagaan

• Mempunyai minat mendalam dalam perniagaan yang diceburi

 

Mereka yang berminat boleh isi borang permohonan di pautan link berikut :

 

https://forms.gle/LoWkaMS5KsyN6jgh8

 

Permohonan akan ditutup pada 28 Februari 2022. Calon-calon yang terpilih akan dihubungi untuk temuduga.

 

e) Bantuan Bulanan JKM

Bagi mereka yang telah memohon bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tarikh rasmi pembayaran adalah dari 9 -10 Februari 2022.

 

Download borang permohonan JKM di sini.

 

Info Lanjut

Semoga dengan perkongsian artikel ini, pembaca dapat mengatur perbelanjaan dengan cermat dan bijak.

 

Sila KONGSI senarai bantuan ini ke Group Bantuan Facebook anda, Whatsapp rakan & keluarga anda, untuk manfaat bersama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button