PERMOHONAN RAKYAT

Senarai Kategori Yang Akan Terima Bantuan Raya RM250 Hingga RM500

 

Senarai kategori yang akan terima bantuan raya RM250 hingga RM500. Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

 

Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan ini yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

 

Apakah Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri?

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 untuk Penjawat awam gred 56 dan ke bawah.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut turut dinikmati oleh kakitangan di bawah:

 

·        skim Contract Of Service

·        Contract For Service

·        Pegawai Sambilan Harian

·        lantikan di bawah MySTEP

 

Manakala, bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada pesara kerajaan diberi sebanyak RM250.

 

Tarikh Bayaran Bantuan

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji iaitu pada 25 April ini.

 

Cara Memohon Bantuan

Tidak perlu melakukan permohon kerana data penerima telah pun dimiliki oleh pihak kerajaan. Maka sesiapa yang berada dalam sektro awam dalam kategori skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian, lantikan di bawah MySTEP & pesara kerajaan akan menerima pembayaran secara automatik ke akaun anda pada 25 April 2022.

 

Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi pejabat jabatan masing-masing.

Related Articles

One Comment

  1. Dah LA dpt bonus. Duit raya lagi. Ak yg xde ap ni langsung tak dpt apa. Kje pun xde potong ap. Gaji murah. Record duit keluar masuk pun tak ada. Tapi bantuan apa pun tak ada. Harap 200 tu sekali je la. Shit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button