PERMOHONAN RAKYAT

SENARAI PERMOHONAN PERUMAHAN YANG ANDA BOLEH RUJUK MENGIKUT KELAYAKAN (GAJI SERENDAH RM1,000 PUN BOLEH MOHON)


 

KEGAGALAN memiliki kediaman sendiri antara isu yang sering diperkatakan sejak sekian lama dan sering ia menjadi ‘perdebatan’ ramai pihak terutama ketika situasi ekonomi tidak menentu pada masa ini.

Tidak kira perbincangan di warung kopi atau rundingan di meja bulat, isu ini sememangnya terus membelenggu kebanyakan golongan pertengahan dan ke bawah.

Antara halangan yang mendorong kepada masalah pemilikan rumah terutama daripada kalangan golongan muda ialah nilai hartanah melambung tinggi, kesukaran mendapatkan pembiayaan, kos sara hidup semakin meningkat serta beban hutang.

Oleh itu, Kerajaan ingin membantu semua rakyat Malaysia untuk memiliki rumah berasaskan kelayakan masing-masing hinggakan bergaji RM1,000 pun boleh untuk memiliki rumah. Oleh itu, kami akan kongsikan syarat permohonan dan cara untuk membuat permohonan rumah mengikut kelayakan masing-masing.

 

 

 

 

 

 

 

RUMAH MAMPU BIAYA JOHOR / BANTUAN BAUCER PEMBELIAN RUMAH SEBANYAK RM1000

 

SYARAT PERMOHONAN YANG DITETAPKAN

  1. Warganegara Malaysia yang menetap di Johor selama lebih daripada 10 tahun.
  2. Umur 18 tahun keatas.
  3. Bujang / Berkahwin layak untuk memohon.
  4. Pemohon yang mempunyai Perumahan RKR selama 10 tahun layak untuk memohon.

 

PAKEJ PERMOHONAN 

 

CARA PERMOHONAN

Permohonan : https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/hartanah/index.htm

Baucer RM1000 : https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmPanduanPermohonan.htm

Semakan : https://erumah.johor.gov.my/ePerumahan/home/hmSemakPermohonan.htm

SPNB : CARA MEMBUAT PERMOHONAN RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)

 

SYARAT PERMOHONAN YANG DITETAPKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  4. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  5. Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  6. Tertakluk kepada peruntukan kewangan

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa


CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui pautan borang permohonan online yang ada dibawa.

 

 

 

Sila muat turun dan lengkapkan borang permohonan pembekal di bawah. Arahan selanjutnya di dalam borang

 

 KLIK SINI : Borang Permohonan Online


LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS)


SYARAT PERMOHONAN

CARA PERMOHONAN

DAFTAR RUMAH PERAKKU 2020

 

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan syarat-syarat kelayakan bagi memohon skim rumah tersebut. Antaranya:

  1. Mestilah Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  2. Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja yang layak memohon
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  4. Anda mestilah mengisi borang dengan selengkapnya.
  5. Sekiranya dipanggil ke temuduga, berikut antara dokumen-dokumen yang perlu anda bawa:

  • Salinan kad pengenalan terbaru Pemohon dan isteri/suami.
  • Salinan sijil nikah / Daftar perkahwinan
  • Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan anak-anak dan lain-lain tanggungan.
  • Salinan Surat CCRIS dan CTOS (Jika Ada)
  • Salinan slip gaji terkini bagi 3 bulan berturut-turut dan Penyata KWSP pemohon dan isteri/suami.
  • Surat pengesahan dan perakuan Pendapatan bulanan pemohon dan isteri/suami dari Ahli Dewan undangan Negeri
  • (ADUN)/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri.
  • Sekeping gambar warna Ukuran pasport(Terbaru).

CARA PERMOHONAN RUMAH PERAKKU 2020

Selain permohonan online seperti di atas, anda juga boleh memohon Rumah Perakku melalui borang.

 

 

 

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Rumah Perakku yang boleh dimuat turun di sini.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN RUMAH PERAKKU

 Permohonan : http://lphp.perak.gov.my/permohonanbaru.php

Status permohonan boleh disemak di portal rasmi http://lphp.perak.gov.my/semak.php

PERMOHONAN PERUMAHAN PPR ONLINE PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT


 

SKIM PPR DIMILIKI & SEWA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 18 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  4. Pemohon belum memiliki rumah
  5. Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

 

CARA UNTUK PERMOHONAN

 

 

 

 

DAFTAR AKAUN PEMOHON

  1. Pastikan pemohon yang ingin untuk membuat permohonan PPR Disewa, Pemohon haruslah terlebih dahulu untuk membuat akaun seperti link yang telah disediakan. Pastikan pemohon klik link yang disediakan.
  2. https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
  3. pastikan pemohon mengisi maklumat yang di perlukan seperti nama, no kad pengenalan, dan Alamat e-mail.
  4. klik sini : https://www.infomalaysiakini.com/2020/05/ini-cara-memohon-ppr-disewappr.html

PROSES PERMOHONAN RUMAH SKIM JAMINAN KREDIT PERUMAHAN (SJKP) 2020


 


KRITERIA KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
  2. Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  3. Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  4. Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  5. Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  6. Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  7. Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  8. Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  9. Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

 

PROSES PROMOHONAN :

Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:

 

 

 

 

 

  1. Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  2. Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
  3. Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
  4. Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Permohonan Online : https://www.sjkp.com.my/index.php/perkhidmatan/proses-permohonan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button