PERMOHONAN RAKYAT

Senarai Tarikh Penting Bantuan Kerajaan Bagi Jun 2022

 

Senarai tarikh penting bantuan kerajaan bagi Jun 2022. Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Ia termasuklah bantuan-bantuan yang dilaksanakan di bawah Belanjawan 2022 dan pelbagai lagi pengumuman-pengumuman lain.

 

Oleh itu, berikut adalah adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan pada bulan Jun 2022: –

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 2 akan dilaksanakan pada bulan Jun 2022 dengan melibatkan jumlah bayaran dari RM100 sehingga RM400. Bagaimanapun, tarikh rasmi pembayaran Fasa 2 masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan, dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Skim Air Darul Ehsan (SADE)

 

Skim Air Darul Ehsan (SADE) adalah sebuah program penjajaran semula pemberian 20 meter padu air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

 

Pendaftaran SADE dibuka sepanjang tahun sehingga tahun 2024. Untuk makluma lanjut berkenaan program ini, sila rujuk – DI SINI.

 

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

 

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022 adalah sebuah inisiatif di bawah RISDA dengan jumlah bayaran sebanyak RM600. Pembayaran BMT ini akan melibatkan dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022.

 

Jumlah bayarannya pula adalah sebanyak RM300 untuk setiap fasa (jumlah keseluruhan RM600). Penerima BMT 2022 yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

 

Bantuan Bina Rumah & Baiki Rumah

 

Program Sayangi Rumahku adalah sebuah bantuan perumahan tanpa bayaran sama ada untuk baik pulih atau bina baru rumah khusus kepada golongan miskin dan miskin tegar di Negeri Perak. Permohonan bantuan ini masih lagi dibuka dan dijangka dibuka untuk sepanjang tahun ini. Sila rujuk – DI SINI.

 

Selain itu, terdapat sebuah lagi insitif yang diperkenalkan iaitu Bantuan Bina dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) oleh Kerajaan Negeri Selangor. Bantuan ini terbuka kepada anak kelahiran Selangor atau pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari 15 tahun.

 

Manakala, pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada 15 tahun. Sila rujuk – DI SINI.

 

Sumber: gemilangdaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button