BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Sijil Hilang? Ini Cara Dapatkan Secara Online (e-Lembaga Peperiksaan)

 

Sijil SPM hilang? Sijil PMR tak tahu dekat mana?

 

Sekarang ni musim nak apply masuk U dan kolej kan… Jadi mungkin ada yang dah tak dapat nak cari sijil tu dekat kampung ke, ada yang hilang, terbakar atau ada yang memang dah lupa dekat mana sijil-sijil tu.

 

Biasanya kalau pergi interview memang akan minta salinan asli (original copy), tak nak yang fotostat punya kan?

 

Kalau nak tahu, sekarang ni dah mudah nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STPM dan lain-lain yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 

Jadi, di sini kami kongsikan cara nak dapatkan sijil peperiksaan yang hilang tu berdasarkan sebuah posting viral oleh saudara Eim Ariepin beserta info tambahan yang kami sertakan tentang e-Lembaga Peperiksaan.

 

Cara Dapatkan Semula Sijil Hilang Secara Online Melalui e-Lembaga Peperiksaan

Sekarang dah mudah tau nk minta salinan keputusan.

 

Pening fikir macam mana nak buat sebab bila interview nak tengok keputusan yang original, taknak fotostat punya.

 

Akhirnya dah jumpa caranya.

 

1.      Buka je website e-Lembaga Peperiksaan: https://elp.moe.gov.my/

2.      Lepas tu boleh pilih nak salinan keputusan apa.

3.      Klik dekat situ dan isikan maklumat pada borang permohonan.

4.      Akan ada caj dikenakan, so proceed untuk buat bayaran. (*Untuk SPM cajnya RM30)

5.      Tak sampai seminggu saya dah dapat sijil asal melalui pos.

 

RUJUK LANGKAH PERMOHONAN SALINAN SIJIL HILANG (TUTORIAL BERGAMBAR)

 

Boleh rujuk langkah bergambar di bawah:

 

Mula-mula buka laman web https://elp.moe.gov.my/, nanti akan keluar paparan skrin macam di bawah ni.

 

Boleh klik dekat menu Perkhidmatan tu.

 

Lepas tu pilih ikon Salinan Keputusan.

 

Pilih sijil peperiksaan apa yang kita nak.

 

Klik dekat situ.

 

Isikan borang permohonan.

 

Bawah sekali nanti akan dinyatakan caj yang dikenakan.

 

Buat bayaran dan hantar permohonan.

 

Selesai.

 

Nanti tunggu jelah pos sampai dengan sijil yang kita minta tadi.

 

INFO TAMBAHAN

 

Menurut e-Lembaga Peperiksaan, tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.

 

1.      Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam.

2.      Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja.

3.      Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam.

4.      Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja.

  1. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari bekerja.

Jadi lepas ni janganlah risau lagi, bolehlah kita gunakan laman web ini untuk mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang dengan cepat dan mudah. Buat secara online je kan?

 

Semoga bermanfaat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button