PERMOHONAN RAKYAT

SIP EMP+: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Sebulan Untuk Pencari Kerja

 

Anda sedang mencari kerja? Jika ya, anda layak menerima Insentif Elaun Mencari Pekerjaan yang dikendalikan oleh PERKESO!

 

Jika anda sedang aktif mencari pekerjaan, rebut peluang ini untuk mendapatkan bantuan kewangan menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB).

 

Bagi pencari kerja dalam kalangan graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar pekerjaan di bawah platform MYFutureJobs dan anda akan layak menerima insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah sekurang-kurangnya RM300 dan Elaun Persediaan Bekerja sebanyak RM400 secara one-off setelah mendapat pekerjaan.

 

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) dan cara membuat permohonan bagi program ini.

 

Apakah Elaun Mencari Pekerjaan + (SIP EMP+ PERKESO)?

 

Secara umumnya, terdapat 2 kategori Elaun Mencari Pekerjaan yang boleh dimohon oleh pencari kerja, iaitu:

 

Seperti yang diumumkan dalam Bajet 2022 oleh Kementerian Kewangan, Program SIP Elaun Mencari Pekerjaan+ (SIP EMP+) kepada bukan pencarum ini merupakan penambahbaikan kepada Program SIP PRIHATIN 2.0 yang telah berakhir pada 31 Disember 2021.

 

SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini adalah bantuan kewangan diberikan kepada individu bukan pencarum PERKESO terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal

yang terkesan akibat krisis wabak COVID 19 bagi meneruskan kelangsungan hidup semasa mencari peluang pekerjaan baharu.

 

Bantuan SIP EMP+ kepada bukan pencarum ini mengandungi insentif Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang diterima apabila individu yang layak menghadiri temuduga dan Elaun Persediaan Bekerja (EPB) sekiranya telah kembali bekerja.

 

Bantuan / Insentif Yang Ditawarkan

 

–         Permohonan yang diluluskan adalah layak untuk menerima bantuan kewangan EMP yang berjumlah RM 300 sebulan untuk tempoh 3 bulan.

–         Bayaran keempat bagi EPB akan dilaksanakan sekiranya pemohon telah berjaya ditempatkan ke dalam pekerjaan dalam tempoh 4 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.

–         Sebagai contoh, sekiranya beliau telah mendapat pekerjaan baharu semasa menerima EMP yang pertama, kedua atau ketiga, maka bayaran tambahan EPB sebanyak RM 400 akan dibayar terus pada bulan yang sama.

–         Sekiranya individu itu mendapat kelulusan pertama pada 2 Januari 2022 dan menerima tawaran pekerjaan pada 2 Julai 2022, individu tersebut adalah tidak layak untuk menerima bantuan tambahan EPB kerana penempatan pekerjaan tersebut berlaku di luar tempoh penilaian aktiviti pekerjaan iaitu 4 bulan yang telah ditetapkan.

 

Syarat Kelayakan Menerima Elaun Mencari Pekerjaan

 

–         Individu yang belum berdaftar atau tidak aktif mencarum dengan PERKESO selepas 1 Jun 2021.

–         Individu yang berumur 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.

–         Daftar sebagai penari kerja di MyFutureJobs

–         Menghadiri temuduga sekurang-kurangnya 3 kali sebulan

–         Kemaskini log aktiviti di Portal MyFutureJobs

 

Tarikh Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan SIP EMP+

 

Tarikh tutup membuat permohonan adalah pada 31 Disember

2022.

 

Cara Permohonan

 

Individu yang layak boleh memuat turun Aplikasi Prihatin PERKESO melalui PlayStore sekiranya menggunakan peranti android atau AppStore bagi pengguna peranti iOS.

 

NOTA: Sekiranya permohonan ditolak, anda boleh membuat rayuan melalui Portal eAduanSIP ( https://eaduansip.perkeso.gov.my/ ).

 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000.

 

MAKLUMAT LANJUT & SOALAN LAZIM

 

Untuk info selanjutnya, sila rujuk Soalan Lazim dalam lampiran di bawah atau rujuk info di pautan https://eiscentre.perkeso.gov.my/ms/utama/

 

BAJET-2022-EMP-BUKAN-PENCARUM-FAQDownload

 

Muat Turun Aplikasi PRIHATIN PERKESO

 

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi PRIHATIN PERKESO.

 

Sila muat turun melalui :

 

–         Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.perkeso.mobileapp&hl=en&gl=US

–         Apple App Store: https://apps.apple.com/my/app/perkeso/id1523496062

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 1 300 22 8000 atau e-mel ke myfuturejobs@perkeso.gov.my

 

Pendaftaran MYFutureJobs

 

Bagi pencari kerja, pendaftaran di portal MyFutureJobs PERKESO boleh meningkatkan peluang prospek kerjaya masa depan anda.

 

Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

 

–          mendaftar, anda perlu melengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my

–         Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’

–         Klik butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama

–         Isikan e-mel dan nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan

–         Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan

–         Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.

–         Untuk melihat senarai tawaran pekerjaan PENJANA KERJAYA, anda juga boleh terus ke pautan ini: https://eisjobs.perkeso.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button