BERITA

Sultan Johor kurnia kereta kepada jururawat Wad Diraja HSA

 

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan 10 Perodua Myvi kepada jururawat yang bertugas di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, hari ini.

 

Di dalam Facebook rasmi baginda iaitu Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan kenderaan itu bagi menzahirkan penghargaan di atas sumbangan serta khidmat 10 jururawat terbabit kepada baginda dan keluarga diraja Johor.

 

Penyelia Jururawat iaitu Rokiah Samin yang bertugas di Wad Diraja HSA sejak 2006, melahirkan rasa bersyukur di atas kurniaan berkenaan.

 

Mewakili mereka yang lain, saya menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan di atas kurniaan ini.

 

 

 

 

Besar sungguh nilainya kepada kami semua dan kami juga sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda serta keluarga, katanya.

 

Kenderaan berkenaan diserahkan dalam satu majlis di Larkin, Johor Bahru.

 

Turut berkongsi kesyukuran adalah Nuraini Aziz, 28, yang hadir sendiri untuk menerima kenderaan berkenaan walaupun masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak pada tiga hari yang lalu.

 

Saya bersyukur kerana dapat hadir kerana ini adalah satu kenangan yang sangat istimewa. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada Sultan Johor dan keluarga diraja Johor, katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button