PERMOHONAN RAKYAT

Sumbangan Kerajaan Sehingga RM250 Setahun – (i-Saraan)

 

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.

 

Insentif Persaraan (i-Saraan)

Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% [jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun (berkuatkuasa 1 Januari 2018)] ke atas caruman anda.

*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.

*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 55 tahun.

 

Baca juga:

Bantuan RM800 Untuk Individu Belum Bekerja Tahun 2021

Bantuan Sehingga RM1,400 kuarantin

Bantuan Warga Emas Sehingga RM500

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Faedah

  1. Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap.
  2. Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran.
  3. Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda.
  4. Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 55 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
  5. Bantuan Kematian: RM2,500 (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP).

 

Syarat kelayakan memohon

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur 55 tahun ke bawah.
  3. Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja).
  4. Ahli KWSP.
  5. Telah membuat pilihan i-Saraan [Menghantar borang KWSP 16G(M)].

 

Peringatan Penting: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (i-Suri), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon.

 

Cara Dan Saluran Pembayaran

Rujuk Ejen Bank (EB) BSN berdaftar DI SINI

 

Had Bayaran

  • Minimum (RM sahaja) – Tiada had
  • Maksimum (RM sahaja) – Tiada had – RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela (Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, i-Suri, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)

CARA MEMOHON

 

Untuk memohon, anda boleh menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan berikut ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan.

  • My kad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)

Muat Turun Risalah i-Saraan di sini – Risalah i-Saraan


Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Sumber: https://www.kwsp.gov.my/ms/member/contribution/i-saraan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button