BERITA

Syamsul Yusof Pesan Kepada Staff Tengok Keadaan Ayahnya

 

Syamsul Yusof pesan kepada staff tengok keadaan ayahnya. Syamsul Yusof kini amat gembira setelah filem Mat Kilau dis4hkan sebagai filem tempatan paling cemerlang dalam sejarah penfileman tanah air. Mat Kilau telah berjaya menjadi filem nombor satu sepanjang zaman setelah mengutip lebih 50juta dalam masa dua minggu.

 

Kejayaan ini bertambah manis apabila Syamsul berkata, ianya turut diterima oleh ayahnya iaitu producer Datuk Yusof Haslam.

 

Kata Syamsul, sejak masuk ke dunia seni pada umur 18 tahun, memang ayahnya merupakan orang paling banyak memberi komen kepadanya.

 

“Ayah saya biasalah, dia memang pengkrtik saya yang pertama, nombor satu. Sebelum ini, filem saya yang paling dia suka tapi dia tak beritahu saya pun ialah Munaf1k sekuel, yang nombor dua. Tetapi, saya tahu juga.”

 

“Kini selepas dia dah tonton filem Mat Kilau, saya tahu filem Mat Kilau ini yang paling dia sukai. Ianya dihasilkan oleh saya. Kata staff saya, ayah tengok dan lepas itu dia hanya diam saja.”

 

“Selalunya, masa ayah preview filem saya, memang saya akan cabut lari dulu sebelum dia komen apa-apa. Tapi, saya akan beritahu staff saya untuk tolong tengokkan ayah.”

 

“Kata staff, ayah saya cakap dia tak pernah tengok filem epik yang bagus selain filem Bukit Kepong lakonannya. Oleh itu saya amat hargainya.”

 

“Memang semasa saya buat filem Mat Kilau ini, saya nak tunjuk kat ayah saya, ayah tengok ini.”

 

“Saya tahu, ayah saya memang tak akan cakap, bagusnya kau ni. Namun saya hanya akan tahu hal itu dari rakan. Ada jugalah dia cakap sikit kat saya, dia cakap okey bagus-bagus, itu sajalah.”

 

Syamsul aku1 bahawa ayahnya memang agak ker4s dengannya, apatah lagi sebagai anak sulung.

 

“Ayah saya sifatnya memang ker4s. Dan dia pun agak ker4s dengan saya. Mungkin, sebab saya ni anak pertama dia. Tetapi dengan adik saya, dia ada berlembut sikit.”

 

“Apapun keteg4san dia yang buat saya dis1plin buat filem seperti ini. Memang benar, ayah merupakan influence saya.”

 

Selain Datuk Yusof Haslam, Syamsul Yusof juga menyukai cara pengarahan director seperti Shuhaimi Baba, Bade Azmi, Rashid Sibir, Aziz M Osman, dan juga Erma Fatima.

 

Sumber: gemilangdaily

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button