BERITA

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.10% Bagi Tahun 2021. Ini Cara Semakan

 

DIVIDEN TABUNG HAJI 2022 (TAHUN KEWANGAN 2021)

Alhamdulillah, Tabung Haji (TH) telah mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10% selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM2.46 bilion. Para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada 27 Februari 2022. Semakan boleh dibuat menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

 

Cara Pengiraan Dividen Tabung Haji 2021

 

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2021 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2021 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2021. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

 

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

 

Cara Semakan Dividen Tabung Haji 2021

 

Agihan Keuntungan boleh disemak mulai pukul 12 tengahari, 3 Mac 2021.

 

Baki simpanan terkini boleh disemak di:

• kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat

 • laman sesawang www.thijari.com.my

 • portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB

 • ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB

 

Langkah semakan dividen di THiJARI adalah seperti berikut:

 

1. Login ke laman sesawang Tabung Haji online: www.thijari.com.my

2. Akaun utama dan akaun ketiga anda akan dipaparkan.

3. Pilih akaun untuk semakan.

4. Pilih menu Penyata Akaun.

5. Pilih bulan Mac – Download PDF.

6. Maklumat dividen akan dipaparkan seperti di bawah.

 

Bagaimana Jika Akaun Tabung Haji Tidak Aktif?

• Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;

• Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan

• Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

 

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahunakan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995). Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk makluman lanjut, sila rujuk FAQ di bawah atau klik https://www.tabunghaji.gov.my/

 

Berapakah kadar agihan keuntungan bagi tahun 2020?

Kadar agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2021 adalah 3.10% berbanding 3.10% bagi tahun kewangan 2020.

 

Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di TH?

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

 

Bagaimanakah cara pengiraan agihan keuntungan tahun 2021?

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2021 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2021 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2021. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut: Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

 

Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan?

Semua pendeposit TH dengan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2021 adalah layak.

 

Siapakah yang tidak layak menerima agihan keuntungan?

Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman; Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh). Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995). Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

 

Bagaimanakah agihan keuntungan dibayar kepada pendeposit?

Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button