BERITA

Tak Ada Perasaan Cemburu – Awie

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Awie menepis spekulasi yang mengatakan isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin cemburu dengan kerjasama yang terjalin antara beliau dan rakan industri juga primadona filem Melayu, Erra Fazira.

 

Kata Awie, isu tersebut tidak timbul malah Sharifah memahami dan teruja dengan kerjasama antara kedua-dua selebriti berkenaan.

 

“Isteri saya beri kebenaran dan dia sangat teruja. Dia juga peminat Erra.

 

“Jadi semua okey, tak ada perasaan cemburu,” katanya.

 

Awie berkata demikian dalam sidang media Konsert Romantika yang diadakan di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur, dekat sini semalam.

 

Awie pada masa yang sama memberitahu bahawa dirinya selesa bekerjasama dengan Erra yang merupakan kenalan lama.

 

“Saya dah kenal dia berpuluh tahun. Kami banyak berkompromi dan memahami sikap masing-masing.

 

“Kami pernah bertunang, kecewa, putus dan akhirnya kembali bersahabat.

 

“Insya-Allah tak ada masalah untuk saya bekerjasama dengan dia,” katanya lagi.

 

Konsert Romantika bakal diadakan di Sabah International Convention Centre pada 20 Ogos depan.

 

Untuk tempahan tiket, hubungi Perry Hussin 013-8688282; Fernalis 013-8034232; Shaira 011-1002383 dan Hana 019-6928417.

 

Harga tiket:

 

Platinum: RM12,000 ( satu meja 10 orang)

 

Gold: RM8,000 (satu meja 10 orang)

 

Silver: RM5,000 (satu meja 10 orang)

 

Bronze: RM3,500 (satu meja 10 orang)

 

Sumber: Utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button