PERMOHONAN RAKYAT

Tak Lulus BKM ? Ini Cara Buat Rayuan Untuk Rakyat Malaysia

 

Kategori Penerima Bkm Fasa 1 & Jumlah Bayaran

 

Kadar bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada isi rumah dan bujang adalah seperti berikut:

 

Kategori Isi Rumah

Pendapatan RM2,500 dan ke bawah:

Tiada anak: RM1,000

• 1 – 2 anak: RM1,500

• Anak melebihi 3: RM2,000

 

Pendapatan RM2,501 – RM5,000:

• Tiada anak: RM400

• 1 – 2 anak: RM600

• Anak melebihi 3: RM800

 

Kategori Warga Emas Bujang/ Tiada Pasangan

Pendapatan RM5,000 dan ke bawah:

• Tiada anak: RM600

 

Kategori Bujang

Pendapatan RM2,500 dan ke bawah

• Tiada anak: RM350

 

Permohonan Rayuan Bantuan Keluarga Malaysia

“Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai:

 

• 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022

 

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh LHDNM.

 

“Kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” ujarnya.

 

Untuk rekod, BKM adalah sebuah inisiatif bantuan tunai langsung yang diumumkan di dalam Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan golongan B40.

 

Sumber: Astro Awani

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button