PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Akhir Bayaran BKM Fasa 1 Pada 8 April

 

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 sudah dikreditkan bermula 28 Mac lepas manakala tarikh akhir bayaran BKM Fasa 1 ialah pada 8 April.

 

Sekiranya anda lulus BKM Fasa 1 tetapi belum menerima pembayaran, anda dinasihatkan untuk menunggu sehingga 8 April ini.

 

Hal ini kerana pembayaran BKM Fasa 1 ini dilaksanakan secara berperingkat bermula28 Mac sehingga 8 April.

 

Tarikh Rayuan BKM Fasa 1

Sekiranya semakan status BKM Fasa 1 anda gagal, anda boleh membuat rayuan seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri.

 

Bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan akan dibuka pada 3 Mei untuk tempoh sebulan.

 

Jumlah Bantuan

Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum ialah berjumlah RM2,000.

 

Manakala jumlah bantuan tambahan BKM contohnya:

·        Bantuan tambahan berjumlah RM500 kepada penerima isi rumah berstatus ibu bapa tunggal yang mempunyai anak menepati syarat.

·        Bantuan tambahan RM300 kepada penerima isi rumah berstatus warga emas.

 

Jumlah Keseluruhan

Setiap isi rumah yang layak Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah RM2,500.

 

Kaedah Bayaran

Berikut ialah antara kaedah bayaran untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022:

 

1. Isi Rumah, Warga Emas, Bujang

·        Terus dikreditkan ke akaun bank.

 

2. Penerima yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal kredit

·        Boleh membuat penebusan tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mula 30 Mac.

 

Cara Semak Status

Berikut ialah panduan untuk membuat semakan permohonan:

·        Layari laman web rasmi BKM di https://bkm.hasil.gov.my/

 

Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan nombor MyKad / ID pemohon. Seterusnya, masukkan kata laluan seperti sebelum ini.

 

Paparan seterusnya ialah terdapat ‘Semakan Status’, ‘Kemaskini Permohonan’ , ‘Cetakan’ . Untuk semakan status, anda boleh klik ‘Semakan Status’. Manakala untuk sebarang kemaskini, klik ‘Kemaskini Permohonan’.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button