BERITA

Tarikh Akhir Pengeposan Barang Jika Nak Barang Sampai Sebelum Raya

 

PENGUMUMAN TARIKH AKHIR PENGEPOSAN BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2022

 

Tentunya menjelang Hari Raya kali ini, lebih ramai yang suka membeli barang persiapan dan pelbagai keperluan untuk Hari Raya Aidilfitri secara online.

 

Menjelang Hari Raya, peniaga juga bertungkus-lumus menyiapkan tempahan dan barangan yang dibeli oleh pelanggan.

 

Namun, perlu diingat bahawa terdapat tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.

 

Menurut makluman oleh Poslaju Malaysia, berikut adalah tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bermula.

 

Tarikh Akhir Pos Barang Yang Disyorkan Untuk Memastikan Barang Tiba Sebelum Hari Raya Aidilfitri

 

PosLaju

25 April

·       Semenanjung Malaysia – Malaysia Timur (Sabah / Sarawak)

Malaysia Timur – Semenanjung Malaysia

Dalam Malaysia Timur

27 April 2022

Dalam Semenanjung Malaysia

NOTA: Barangan yang dipos selepas tarikh yang disyorkan di atas akan hanya dihantar selepas 5 Mei 2022.

 

DHL Malaysia

Bagi syarikat kurier DHL, tempoh operasi sempena Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut:

 

Tarikh akhir pos barang:

 

·       23 April 2022 (Ke Malaysia Timur)

·       27 April 2022 (Lain-lain lokasi di Malaysia Barat / Semenanjung)

Penutupan operasi: 2-4 Mei 2022

 

Ninjavan

·       23 April 2022: Semenanjung Malaysia

·       26 April 2022: Malaysia Timur

 

GDEX

·       Semenanjung Malaysia: 28 April 2022

(Jangkaan tarikh sampai 30 April 2022)

·       Malaysia Timur: 26 April 2022

(Jangkaan tarikh sampai 30 April 2022)

 

J&T

Buat masa ini, J&T masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung tarikh akhir pengeposan barang semepena hari raya 2022. Walaubagaimanapun, anda boleh semak maklumat dari masa ke semasa melalui laman Facebook rasmi J&T di bawah: 

J&T: https://www.facebook.com/jntexpressmalaysia

 

Tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas bagi setiap syarikat perkhidmatan penghantaran adalah tarikh akhir yang disyorkan untuk orang ramai membuat pengeposan sekiranya mahu barang yang dihantar sampai ke penerima sebelum hari raya.

 

Bagi pengeposan barang selepas tarikh yang dinyatakan, barang yang dihantar mungkin akan sampai ke penerima atau dihantar selepas hari raya. Pastikan anda rancang pengeposan anda sebaiknya.

 

Semoga bermanfaat!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button