PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Bayaran Bantuan Kewangan Aidilfitri 2022

 

Tarikh bayaran Bantuan Kewangan Aidilfitri

 

Bayaran Bantuan Kewangan Aidilfitri Menurut Menteri Besar Selangor,  bayaran akan disalurkan pada tarikh 27 April 2022, Rabu.

 

·       27 April 2022, Rabu.

 

Diharapkan pemberian bantuan kewangan ini akan dapat memudahkan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri masyarakat, khususnya para penduduk Selangor.

 

Jumlah Bayaran Bantuan Kewangan Aidilfitri

 

Bantuan Khas Kewangan (BKK) ini pada asasnya melibatkan sumbangan kewangan sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam negeri Selangor.

 

Malah, BKK turut disalurkan kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN); Speaker; Timbalan Speaker; Ahli Dewan Negeri; pengurusan tertinggi dan anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gajinya dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

 

Bantuan Insentif RM1,000 Bantuan Kewangan Aidilfitri

 

Dalam pada itu, pihak Kerajaan Negeri juga telah bersetuju untuk memberikan Insentif Rahmah Ramadan Selangor sebanyak RM1,000 kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi MPKK; Pegawai Perhubungan Kampung Baru, Bagan, Tersusun, Ketua Komuniti India, Setiausaha MPKK dan Penyelia Wanita Berdaya Selangor (WBS).

 

Manakala, RM500 pula diberikan kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs) dan para penggerak masjid iaitu Nazir, Imam, Siak dan Bilal atas dedikasi mereka pengimarahan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button