PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Bayaran Bantuan Tambahan BKM RM500

 

Berikut adalah Tarikh pembayaran Bantuan Tambahan BKM berjumlah seanyak Rm500 dan semakan lanjut berkaitan tentang bantuan.

 

Bantuan Tambahan BKM

 

Tahukah anda terdapat BKM tambahan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di mana mereka yang layak BKM akan menerima tambahan BKM sekiranya layak.

 

Jumlah Bantuan Yang Diberikan

 

Jumlah bantuan BKM maksimum adalah:

 

RM2,000

 

Jumlah bantuan tambahan BKM adalah:

 

·        RM500 kepada isi rumah berstatus IBT yang mempunyai anak menepati syarat

·        RM300 kepada penerima isi rumah bestatus warga emas

 

Ini bermakna setiap isi rumah yang layak BKM dan bantuan tambahan BKM akan menerima bantuan keseluruhan maksimum berjumlah:

 

RM2,500

 

Tarikh Pembayaran BKM

 

Pembayaran BKM akan bermula pada 28 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.

 

Syarat Kelayakan

 

Berikut adalah syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Tambahan BKM:

 

·        Penerima BKM kategori isi rumah berstatus Ibu atau Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat

·        Penerima kategori isi rumah berstatus warga emas

 

Semakan Kelayakan BKM Tambahan

 

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan BKM Tambahan:

 

1.      Buka laman web https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx

2.      Log masuk seperti biasa

3.      Klik pada semakan status untuk semak status permohonan

4.      Status permohonan berserta jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan

5.      Jika tiada maklumat BKM Tambahan seperti yang dipaparkan pada gambar di bawah, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima BKM Tambahan.

 

Maklumat Lanjut

 

Maklumat lanjut mengenai BKM Tambahan ini bolehlah layari laman web BKM atau anda boleh baca FAQ BKM

 

Sumber: Blogrojak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button