PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Bayaran BKM Tambahan Sehingga RM500 Buat 2 Kategori Yang Layak Ini

 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia telah diumumkan dalam Bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

 

Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat dibuat secara berperingkat, iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerajaan juga menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

 

Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.

 

KADAR TAMBAHAN BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

 Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:

·       Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (BT) yang mempunyai anakmenepati syarat; atau

·       Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat

 

SEMAKAN KELAYAKAN BKM TAMBAHAN

 

Macam mana nak tahu anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman, anda boleh semak secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Nak tahu panduan buat semakan, anda boleh rujuk di bawah:

 

·       Panduan Semakan Kelayakan Bantuan Keluarga Malaysia & Jumlah Kelayakan

 

Sekiranya anda layak untuk terima BKM Tambahan, laman semakan anda akan memaparkan maklumat BKM Tambahan seperti berikut:

 

Jika tiada maklumat BKM Tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk terima bayaran BKM Tambahan.

 

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

 

Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKMbTambahan bagi penerima yang layak:

·       Fasa 1: Mac 2022

·       Fasa 2: Jun 2022

·       Fasa 3: September 2022

·       Fasa 4: Disember 2022

Baca juga: BKM 2022: Kadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Setiap Fasa Mengikut Kategori

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my. Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button