PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Bayaran BPR Fasa 3 Serta Jumlah Baki Yang Akan Diterima

Seperti yang kita sedia maklum bahawa bayaran BPR untuk Fasa 1 dan 2 telah pun dimulakan seperti yang nyatakan dalam jadual di bawah. Pembayaran adalah secara peringkat mengikut kategori, oleh itu setiap individu mungkin akan menerima bayaran pada tarikh yang berbeza dengan individu lain. Walaubagaimanapun, sila buat semakan status permohonan terlebih dahulu untuk memastikan sama ada anda lulus atau tidak.

 

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kewangan dalam kenyataan media terdahulu, pembayaran BPR Fasa Kedua akan dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat mulai 7 Mei hingga 12 Mei.

 

Sementara itu, bagi penerima BPR yang tiada akaun bank pula, pembayaran tunai akan dibuat mulai 17 Mei melalui BSN.

 

Bagi yang TIDAK LULUS permohonan, anda boleh membuat rayuan yang akan dibuka 15-30 Jun 2021 tidak lama lagi.

 

Kini ramai yang tertanya-tanya tentang jumlah baki bayaran yang akan diterima untuk BPR fasa 3 serta bayarannya. Disini akan kami kongsikan setakat apa maklumat yang diberikan di laman rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

 

Jumlah Baki Bayaran BPR Fasa 3

 

Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:

 

Kategori Isi Rumah berpendapatan RM5000 ke bawah adalah bergantung kepada bilangan anak.

Sila rujuk jadual berikut untuk perincian pembayaran:

 

Sumber: FAQ BPR Fasa 2

Jumlah yang akan diterima bagi pemohon yang Lulus BPR Fasa 2 (Bukan penerima Fasa Pertama)

 

 

Jumlah bayaran BPR Fasa 3 bagi yang telah mengemaskini status bujang kepada berkahwin semasa BPR Fasa 2.

 

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran BPR Fasa Ketiga ini dijangka akan dibuat pada bulan September / Oktober 2021.

 

Setekat ini masih belum ada tarikh rasmi yang diumumkan.

 

Makluman terkini akan dimaklumkan oleh LHDN atau Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa.

 

 

Cara Semakan Status Bayaran BPR Fasa 3

Untuk membuat semakan status bayaran melalui Portal BPR (Bantuan Prihatin Rakyat), sila rujuk langkah berikut:

 

  1. Layari Portal Rasmi BPR LHDNM, https://bpr.hasil.gov.my;
  2. Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  3. Tekan butang ‘Semak Status’
  4. Status bayaran / permohonan akan dipaparkan.
  5. Jika tertulis ‘Permohonan Diterima’, sila klik pada ‘Maklumat Bayaran’ seperti dalam gambar di bawah.

    •  ‘Dalam Proses Pengkreditan’ = bermakna duit akan masuk tak lama lagi.
    • ‘Gagal Kredit’ = bermakna akan diberi nombor baucer untuk dituntut di BSN secara tunai

 

Untuk makluman, jumlah penuh bantuan mengikut kadar pendapatan isi rumah adalah seperti berikut:

 

Sila kongsi dan sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu tentang maklumat Bantuan Prihatin Rakyat BPR ini. 

 

Sumber: LHDN, harianpost

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button