PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Dan Cara Semak Keputusan SPM 2021

 

Keputusan SPM 2021 sangat dinanti-nanti oleh pelajar kerana keputusan SPM tersebut akan digunakan untuk permohonan biasiswa, kemasukan UPU dan lain-lain urusan.

 

Hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan tarikh rasmi keputusan SPM akan dikeluarkan untuk rujukan pelajar-pelajar SPM 2021 yang terlibat.

 

Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2021

 

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada 16 Jun 2022 (Khamis).

 

Cara Semak Keputusan SPM 2021

 

Secara Hadir Ke Sekolah

Pelajar boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi.

 

Namun perlu diingatkan sistem tersebut bukan untuk cetakan slip keputusan peperiksaan. Pelajar masih perlu hadir ke sekolah bagi mendapatkan slip keputusan peperiksaan masing-masing.

 

Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia akan dihantar melalui pos pada 16 Jun 2022.

 

Secara Atas Talian

Semak secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 24 Jun 2022; dan/atau

 

Slip keputusan penuh boleh dimuat turun selepas 4 hari pengumuman keputusan melalui pautan myresult3.moe.gov.my

 

Secara Pesanan Ringkas Atau SMS

Semak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan SPM 2021 dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888.

 

Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 16 Jun 2022 sehingga pukul 6.00 petang pada 22 Jun 2022.

 

Sumber: portalmalaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button