BERITA

Tarikh Mula Puasa Bulan Ramadhan 2022 Di Malaysia

 

Seluruh umat lslam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun ini (2022) mulai pada tarikh 3 April 2022 (Masihi), Hari Ahad Bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah)

 

Pemakluman berhubung dengan perkara ini adalah berdasarkan rujukan MYsumber terhadap tarikh-tarikh penting dalam Islam terbitan Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tahun 2022 Masihi/ 1443-1444 Hijrah bagi Malaysia

 

Tarikh penetapan permulaan puasa bulan Ramadhan 2022 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia nanti akan diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad secara langsung melalui radio dan televisyen sekitar jam 8 malam pada 29 Syaaban 1443H

 

Tarikh Permulaan Puasa Bulan Ramadhan 2022 Di Malaysia

 

Menerusi rujukan terhadap senarai tarikh penting dalam Islam yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak Islam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia seperti di bawah, 1 Ramadhan 1443 Hijrah adalah bersamaan dengan tarikh 3 April 2022 (Hari Ahad)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button