BERITA

[TARIKH PEMBAYARAN] Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Sebanyak RM150

 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan Isnin ini (17 Januari).

 

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak menerima bantuan tersebut.

 

“Sementara itu, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai,” menurut kenyataan itu.

 

Downlond borang[MOHON SEKARANG] BANTUAN PERSEKOLAHANRM150 2022 : PERMOHONAN ONLINE (BORANG)

 

KPM memaklumkan pengagihan BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

 

Bagi pengagihan secara tunai, ia akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

 

“KPM yakin pemberian BAP ini akan dapat membantu ibu bapa dan penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak memulakan persekolahan bagi Sesi Akademik 2022/2023,” katanya.

 

Telegram Rasmi https://t.me/bantuankerajaan2021

 

Pada pembentangan Bajet 2022 lepas, bagi sesi persekolahan tahun 2022/2023 kerajaan bersetuju meningkatkan kadar BAP kepada RM150 untuk seorang murid berbanding RM100 sebelum ini.

 

Bantuan itu akan memberi manfaat kepada tiga juta penerima dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah. – BERNAMA

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button