PERMOHONAN RAKYAT

Tarikh Pembayaran i-Sinar Seterusnya – Bermula 3 Mei 2021

 

Pembayaran i-Sinar untuk bulan April telah pun dilaksanakan. Kini, kita sedang menunggu untuk pembayaran bulan Mei pula.

Seperti yang kita sedia maklum, i-Sinar merupakan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibenarkan oleh pihak kerajaan untuk kelangsungan hidup rakyat khususnya semasa pandemik Covid-19 ini melanda.

 

Tarikh Pembayaran i-Sinar Bulan Mei Kategori 1 dan 2

Sama seperti sebelumnya, pembayaran i-Sinar akan didahulukan dari Kategori 1 dahulu dan diikuti dengan Kategori 2.

 

Pembayaran untuk bulan Mei pula dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.

Seperti sedia maklum, pembayaran adalah mengikut kumpulan/ batch masing-masing.

Berikut Adalah Jadual Pembayaran i-Sinar Mei

  • Pembayaran yang bermula pada 3/5/2021 adalah mereka yang menerima i-Sinar pada bulan April iaitu 1/4/2021 yang lalu.
  • Untuk pembayaran berikutnya iaitu pada 4/5/2021 ini, ia adalah untuk penerima pada tarikh 2/4/2021 yang lalu.
  • Seterusnya pembayaran i-Sinar pada 5/5/2021 adalah untuk penerima 5/4/2021 lepas.

Dan begitulah seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut kumpulan/batch masing-masing.

Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu. (Tidak Dinyatakan)

 

Info Penting:

PEMBAYARAN BERJAYA KREDIT

  • Duit i-Sinar KWSP masuk terus ke akaun penerima.

PEMBAYARAN GAGAL KREDIT

  • Pembayaran i-Sinar tidak masuk ke akaun penerima disebabkan nombor akau salah atau tidak aktif. Anda perlu tunggu makluman daripada KWSP.

 

Sila sebarkan dan kongsi maklumat ini agar lebih ramai yang tahu dan sampai maklumat ini kepada mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button